Faliant Ferdiant Luncur EP ‘Lagu Cinta Yang Tak Berpunya’ Buat Para Peminat

oleh Anome
1.4K bacaan

Penyanyi-penulis kelahiran Indonesia yang membesar di Johor Bahru, Faliant Ferdiant telah melancarkan sebuah EP solo Lagu Cinta yang Tak Berpunya. EP ini hadir dengan enam trek dan jangka masa selama 20 minit 26 saat.

Dilancarkan serentak di platform penstriman rasmi YouTube dan Spotify Faliant Ferdiant, EP ini mengandungi trek Bunga, Erik, Dulu Itu Indah, Perang Merpati, Perang!, Wanita Bossa, serta single popular beliau yang dilancarkan pada tahun 2014, Antara Melati.

Seperti single Antara Melati, EP Lagu Cinta Yang Tak Berpunya berkisar tentang kisah romantis antara lelaki dan perempuan, dan pilihan. EP tersebut membicarakan tentang percintaan, perpisahan, dan juga pilihan dalam sebuah perhubungan.

Dengarkan EP Lagu Cinta Yang Tak Berpunya di platform penstriman YouTube dan Spotify, serta ikuti laman media sosial rasmi Faliant Ferdiant di Facebook dan Instagram untuk kemaskini muzik terbaru daripada Faliant Ferdiant.

Facebook

Instagram

Youtube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅