Penyanyi parodi, Azman Naim Mantra kembali membuat ancaman nasional dengan #coverosak terbaru parodi lagu ‘Jika Harga Naik Lagi‘ (lagu asal ‘Jika Kau Bercinta Lagi’ oleh Alleyctats) hari ini.
Dalam lagu itu, beliau menukar lirik bagi reaksi terhadap komen ketua pengarah Kementerian Perdangangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Melaka yang baru-baru ini secara semberono memberi komen kurangkan pengambilan telur susulan kenaikan harga barang asas yang semakin tidak menentu di Malaysia.
Saksikan di sini:
https://www.facebook.com/azmannaim44mantra/videos/551495710049467
Menerusi perkongsian di FB beliau, ia telah mendapat sambutan hangat apabila menerima 1K Likes dama masa 10 minit sahaja dan mencecah hampir 5K Likes dalam sejam.
Ia menggambarkan suasana pedih masyarakat dan ‘mood’ rakyat terhadap kesan peningkatan harga.
Dalam lagu itu juga, Naim menambah bahagian korus lagu daripada hanya ‘Haaa~~~aaa’ kepada ‘Haa~~~ Nat‘.
Lirik lain yang menarik, ‘Kini ku hanya dapat berdoa, Agar lahanatlah kau selamanya‘.
Semua pendengar dan netizen memuji Naim dengan keluaran lagunya itu. Antara komen-komen pendengar:
Terima ksih kerana mewakili kami rakyat malaysia hahahahahah
Terima kasih sudi buat lagu ni..akhirnya buat jugak lagu ni..politik tak membantu rakyat🤣
Bagi lagi man…puak2 tu mmg patut kena lahanat
Rakyat Tak DIAM kot..
Malaysia demokrasi.
hahahahahaha hanat!
Parodi lagu adalah antara medium luahan rasa dan protes masyarakat awam terhadap institusi kerajaan dan isu-isu semasa. Selain Azman, terdapat juga beberapa artis lain yang membuat parodi lagu isu semasa seperti DD Chronicle.
Penyanyi lagu parodi biasanya mereka yang memiliki pencerahan muzikal yang lebih tinggi berbanding para artis biasa kerana keupayaan mereka mengubahsuai lagu mengikut kesesuaian mesej.
Azman merupakan artis penyanyi berasal dari Johor Bahru dan pernah menganggotai beberapa kumpulan Metal underground.
Jadi, ia fenomena yang unggul bahawa lagu dan muzik mempunyai kuasa dalam mempengaruhi suasana politik dan tuntutan rakyat terhadap isu-isu semasa yang memberi kesan kepada mereka.
#ChivasAlexandria