AIA Rai 10 Tahun AIA Vitality Dengan Konsert Mega Di Bukit Jalil - Music Addicts Malaysia

AIA Rai 10 Tahun AIA Vitality Dengan Konsert Mega Di Bukit Jalil

Konsert dianjurkan bersempena ulang tahun ke-10 AIA Vitality - meraikan sedekad usaha memperkasa rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

oleh Music Addicts Malaysia
0 komen 19 bacaan

AIA Malaysia mengumumkan penganjuran Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 sempena ulang tahun ke-10 program AIA Vitality. Konsert berskala besar itu dijangka menghimpunkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai generasi dalam satu malam meraikan muzik, kesejahteraan dan perpaduan.

Konsert tersebut akan berlangsung pada 20 September 2026, jam 8.30 malam di Unifi Arena Bukit Jalil dengan penampilan barisan artis tempatan merentasi pelbagai genre dan generasi termasuk Michael Wong, Ernie Zakri, 3P, MimiFly dan K-Town Clan.

Gabungan genre pop, balada dan hip-hop menerusi persembahan artis-artis ini dijangka mewujudkan pengalaman muzik langsung yang unik serta mencerminkan kepelbagaian suara dan era dalam industri muzik tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Chai Tze Siang, konsert berkenaan membawa falsafah sama seperti yang diperjuangkan menerusi AIA Vitality sepanjang sedekad lalu.

“Sepanjang sedekad lalu, AIA Vitality telah menyokong rakyat Malaysia dalam mengambil langkah praktikal setiap hari ke arah kesihatan yang lebih baik. Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 menzahirkan falsafah yang sama bahawa impak berpanjangan terhasil melalui pengalaman yang bermakna, usaha dan tindakan yang konsisten serta komuniti yang kukuh,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa konsert tersebut bukan sekadar meraikan muzik, malah menjadi simbol usaha menyatukan masyarakat melalui pengalaman bersama serta memperkukuh kesejahteraan untuk generasi masa depan.

Penganjuran konsert ini juga bersempena sambutan Hari Malaysia dengan mengetengahkan semangat perpaduan menerusi gabungan pelbagai genre, budaya dan generasi di atas satu pentas.

Sebagai sebahagian daripada kempen ulang tahun ke-10 AIA Vitality, pelbagai inisiatif digital serta kerjasama bersama rakan media dan stesen radio akan dilaksanakan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi tiket konsert tersebut.

Maklumat lanjut mengenai Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 boleh didapati menerusi laman rasmi AIA Malaysia.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅