Dunia Metal mengalami kejutan hari ini apabila vokalis band lejen The Black Dahlia Murder (TBDM), Trevor Strnad diumumkan meninggal dunia pada usia 41 tahun menerusi Instagram.
Di akhir pengumuman, mereka turut menyelitkan nombor talian National Suicide Prevention Lifeline 800-273-8255, menguatkan spekulasi punca kematian ialah bunuh diri dan depresi.
Trevor dianggap vokalis Melodic Death Metal alaf baru yang mempunyai keunikan tersendiri, beliau juga merupakan seorang penulis-pemuisi dan menulis hampir kesemua lirik lagu TBDM.
Antik Trevor di atas pentas seperti suka berlengging juga sering menjadi ikutan ramai selain kombinasi muzikal Metal baru yang mantap.
Trevor mengasaskan TBDM sejak 2002 dan albun Miasma (2005) menempa mereka ke status lejen.
Banyak teman seangkatan seperti Hatebreed, Born of Osiris, White Chapel serta para peminat turut melahirkan rasa terkejut atas pemergian Trevor.
Hilangnya sebutir lejen vokalis dalam dunia Metal alaf baru.
Rest in Peace Trevor.
#ChivasAlexandria