
Penamaan acara sebagai Musica Fest oleh Shiraz Projects dengan kerjasama Musica Studio’s merupakan satu pilihan yang tepat dan bertepatan dengan konsep festival yang bakal dianjurkan. Ini kerana “musica” melambangkan kepelbagaian irama dan rentak muzik yang akan dibawakan oleh barisan artis yang terlibat.
Musica Fest menampilkan gabungan lima artis terkenal dari Indonesia, iaitu Nidji, Geisha, D’Masiv, Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu. Gabungan ini melibatkan pelbagai genre muzik, daripada kumpulan muzik kepada penyanyi solo, sekali gus menjanjikan pengalaman persembahan yang pelbagai dan menarik.
Acara ini dijadualkan berlangsung pada 16 November 2025 bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Penganjur, Shiraz Projects, menyifatkan pemilihan kelima-lima pemuzik ini sebagai gabungan yang ideal untuk menarik perhatian peminat muzik tempatan.
Menurut pengasas Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, pihaknya berbangga dapat sekali lagi menganjurkan pesta muzik yang membariskan nama-nama besar dari Indonesia.
“Shiraz Projects sekali lagi berbangga apabila dapat kembali menganjurkan pesta muzik seperti Musica Fest. Barisan artis yang terlibat bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah mempunyai pengaruh besar dalam kalangan peminat muzik di Malaysia,” katanya.
Tambah beliau lagi, pemilihan pemuzik daripada latar belakang dan genre berbeza adalah selari dengan penjenamaan Musica Fest sebagai pesta muzik yang meraikan kepelbagaian bunyi dan irama.
Buat dua nama baharu seperti Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu, penyertaan mereka dalam Musica Fest merupakan satu peluang besar untuk memperkenalkan diri kepada peminat di Malaysia. Shakira merupakan finalis The Voice Kids Indonesia, manakala Steven terkenal dengan lagu Belum Siap Kehilangan.
Nidji turut meluahkan rasa teruja dapat kembali beraksi sepentas bersama rakan seperjuangan seperti Geisha dan D’Masiv, serta menyambut kehadiran dua bintang muda tersebut.
“Sudah lama kami tidak berkongsi pentas bersama Geisha dan D’Masiv. Dengan kehadiran Shakira dan Steven, Musica Fest akan menjadi satu pesta muzik yang harus diraikan oleh semua,” kata kumpulan itu.
Untuk para peminat, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan bertenaga daripada lima artis hebat ini. Pastikan anda menghafal lagu-lagu popular seperti Hapus Aku, Sumpah dan Cinta Matiku (Nidji), Haunting dan Cinta Tlah Terlambat (Steven), Stalking dan Benar Salah (Shakira), Cinta Ini Membunuhku (D’Masiv), serta Lumpuhkan Ingatanku (Geisha).

Tiket-tiket akan mula dijual pada 23 April 2025, jam 10 pagi, menerusi laman web www.myticket.asia. Harga tiket adalah seperti berikut:
-
RM398 (Diamond)
-
RM198 (Platinum)
-
RM158 (Gold)
-
RM188 (Rockzone – Free Standing)
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-86050196 atau info hotline 012-2560082. Ikuti juga perkembangan terkini melalui media sosial rasmi @shirazprojects di Facebook dan Instagram, serta laman web www.shirazprojects.com.
Musica Fest dijangka menjadi salah satu acara muzik paling dinanti tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman muzik yang luar biasa ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur, pada 16 November 2025.