Anugerah Lagu Indie 2024 Umum Senarai Top 90, Undian Dibuka Sehingga 30 Mei

oleh Music Addicts Malaysia
291 bacaan

Anugerah Lagu Indie (ALI) 2024 secara rasminya telah mengumumkan senarai penuh peserta Top 90 melalui platform media sosial @anugerahindie dan laman web anugerahlaguindie.com, jam 8 malam tadi.

Top 90 terdiri daripada 30 lagu terbaik dalam setiap kategori yang dipertaruhkan iaitu kategori Pop, Rock, dan Hip Hop.

Keseluruhan 471 lagu yang diterima telah dinilai oleh barisan juri profesional iaitu:

  • AG Coco

  • Irena Taib

  • Leaism

  • Loy Ekzan

  • Luca Sickta

  • Prof Madya Dr. Muhammad Sayyid Bin Shafiee

  • Roshan Jamrock

  • Wing Meng

Hanya 5 finalis sahaja dari setiap kategori akan terpilih untuk mara ke Pentas Akhir ALI2024 yang dijangka berlangsung Julai nanti.

Semak senarai Top 30 bagi kategori Pop, Hip Hop dan Rock di sini.

Penerbit Eksekutif ALI2024, Jenn Thompson, berkata:

“Walaupun penyertaan tahun ini mungkin tidak seheboh tahun-tahun lalu, namun kepelbagaian genre yang diterima tahun ini menjadikan proses penjurian lebih menarik.

Lebih-lebih lagi, banyak lagu mempunyai sentuhan nostalgia dan bukannya mengikut trend semasa, menjadikannya lebih menarik.

Kami turut tertarik dan terkejut dengan peserta muda yang menghantar lagu dengan bunyi yang ‘lebih matang’, menjadikan kategori Pop dan Rock agak mencabar untuk dinilai, manakala kategori Hip Hop pula tidak begitu kompetitif kali ini.”

Orang awam dijemput untuk mengundi lagu Top 90 pilihan mereka secara online di anugerahlaguindie.com.

Setiap undian akan menyumbang kepada markah penuh peserta, iaitu:

  • Undian online: 30%

  • Penilaian juri profesional: 70%

Tempoh undian bermula hari ini sehingga 30 Mei 2025.

Cara-cara Undian Top 90:
1. Layari laman web www.anugerahlaguindie.com dan pergi ke menu Undian Top 90.
2. Klik lagu yang ingin diundi.
3. Setiap individu dibenarkan mengundi sebanyak 5 kali sahaja tanpa mengikut kategori (tiada had undi
khusus bagi satu-satu kategori).
4. Undian akan dibuka dari 18 April 2025 ( bermula 8 malam) sehingga 30 Mei 2025.
5. URL: https://www.anugerahlaguindie.com/senarai-lagu-indie-top-90/

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅