Music for Palestine III : Tanda Solidariti Band Tempatan Untuk Perjuangan Palestin

Edisi ketiga Music for Palestine kembali Jan 2026!

oleh Music Addicts Malaysia
0 komen 239 bacaan

Di saat dunia semakin membuka mata terhadap kekejaman rejim Zi0nis, penganjur muzik bebas Music for Charity kembali mengaktifkan jenama Music for Palestine bagi menyemarakkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Edisi ketiga ini bakal berlangsung pada 31 Januari 2026 di BSYNC KL, dari 2 petang hingga 11 malam.

Music for Palestine III menampilkan 11 band tempatan daripada pelbagai spektrum genre, mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan komuniti muzik bawah tanah negara. Barisan persembahan terdiri daripada Dead Mushroom (Alternative Rock), Black Fire (Black Metal), Langsuir (Melayu-Mystic Death Metal), Herriot (Melodic Death Metal), Blind Tribe (Alternative Metal), Al Farabi (Heavy Metal), Gasmoney (Pop Rock), As Our Throne (Metalcore), The Offside (Oi!), 302 (Death/Thrash Metal) dan Color Heart (Alternative Metal).

Kesemua hasil kutipan tiket akan disalurkan sepenuhnya kepada Cinta Gaza Malaysia (CGM), rakan NGO rasmi untuk siri kali ini. Music for Charity turut bekerjasama dengan beberapa rakan vendor termasuk Asala Coffee Caterings, WOP Pizzeria KL serta beberapa perniagaan tempatan lain yang akan beroperasi sepanjang acara berlangsung. Lebih daripada sekadar konsert amal, Music for Palestine III berfungsi sebagai platform merapatkan komuniti muzik tempatan merentasi genre dan latar belakang.

Pengasas Music for Charity, Shahamzeer Hamid, berkongsi keterujaannya terhadap penganjuran edisi kali ini.

“Sebagai penganjur bebas yang bersifat non-profit sejak 2014, saya amat berbesar hati kerana Music for Palestine III menampilkan barisan band yang lebih berkaliber dan bervariasi. Terima kasih kepada semua band yang sanggup menyumbangkan tenaga demi kebajikan rakyat Palestin. Penghargaan juga buat Cinta Gaza Malaysia, rakan vendor dan pihak media. Bawalah kawan-kawan, ahli keluarga dan jiran sekali.”

Pengarah Music for Palestine III, Muhamad Fathi Ismail, turut menyuarakan keyakinan terhadap perancangan yang telah disusun.

“Inilah cara pemuzik dan komuniti muzik menyumbang kepada perjuangan rakyat Palestin. Untuk edisi ini, kami berbesar hati bekerjasama dengan CGM di mana 100% hasil jualan tiket akan didermakan sepenuhnya bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan.”

Tiket Music for Palestine III kini mula dijual pada harga RM75 untuk pra-jualan sehingga 30 Januari 2026 dan RM85 pada hari persembahan. Untuk pembelian tiket, sila hubungi WhatsApp +6014 666 4769.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅