Anuar Zain Ajak Reset Emosi, Ella & Dayang Nurfaizah Saran Lepaskan Stress di Healing Nite 2026

oleh Music Addicts Malaysia
0 komen 132 bacaan

Bukan tanpa sebab penganjuran Healing Nite 2026 yang dijadual berlangsung pada 24 Januari ini menggunakan frasa kekinian healing atau terapi pemulihan diri.

Membariskan penghibur handalan dan dihormati dari Malaysia seperti Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah bersama penyanyi dari Indonesia iaitu Lyodra dan Kangen Band, Healing Nite  2026 bakal menjadi medan terapeutik awal tahun yang cukup mengesankan.

Dianjurkan Kembar Nusantara Sdn Bhd dengan sokongan oleh Creative Page Sdn Bhduntuk produksi, manakala Yumeca Sdn Bhd untuk strategi, pemasaran, tajaan dan penglibatan pengguna Healing Night 2026 yang bakal berlangsung di lokasi ikonik Stadium Merdeka Kuala Lumpur disifatkan tiga penghibur negara sebagai mempunyai keistimewaan dan signifikan tersendiri.

Sebagai penghibur yang cukup terkenal dengan konsep ‘healing jiwa’ lewat lantunan vokal lembut bersama lirik mendalam, pemilik lagu Keabadian Cinta, Anuar Zain melihat penganjuran Healing Nite 2026 sebagai reset emosi dan minda saat memasuki tahun baharu.

“Saya suka menyifatkan reset emosi dan minda sebagai fresh start effect atau memulakan sesuatu yang baharu dengan segar seperti kita melepaskan beban lama dengan membina niat baru.

“Jadi saya melihat Healing Nite 2026 yang diadakan pada 24 Januari ini sesuai dengan konsep teraputik yang diterapkan. Hiburan boleh menjadi salah satu teraputik terbaik sekaligus kerana muzik boleh meningkatkan emosi positif dan menghilangkan stress” ujar Anuar Zain.

Jika Anuar Zain membantu peminat healing menerusi emosi yang menenangkan, Ratu Rock Negara, Ella pula akan memberi energi lega kerana ‘melepaskan’ tekanan atau stress melalui lagu-lagu miliknya.

“Bagi Ella, healing melalui muzik seperti penganjuran Healing Nite 2026 ini adalah cara memulakan tahun baharu dengan baik. Kita boleh lepaskan tekanan atau stress dengan menikmati muzik.

“Mungkin ada ramai yang memendam perasaan pada tahun lalu seperti penat bekerja atau hilang keyakinan diri, jadi mari kita lepaskan semua yang ‘buruk’ dengan energi baharu menerusi teraputik di Healing Nite  2026 ini.

“Ella tunggu semua okay sebab bukan hanya Ella yang akan membantu dan healing bersama anda tetapi akan ada rakan lain seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band serta Lyodra,” katanya seperti dilaporkan Erra.

Bersetuju dengan Anuar Zain dan Ella, Dayang Nurfaizah juga mahu peminat melihat Healing Nite  2026 sebagai pembukaan tahun yang positif. Selain melepaskan tekanan dan reset emosi, penyanyi lagu Di Pintu Syurga ini mahu peminat menikmati hiburan dengan cara yang sihat.

“Ramai mungkin lupa bahawa mendengar muzik selain dapat melepaskan tekanan ia juga sebagai aktiviti sihat seperti baru melakukan senaman ringan dengan menyanyi dan ‘bergoyang’.

“Jika anda mencari hiburan yang mempunyai semua elemen teraputik ini, maka Healing Nite  2026 adalah jawapannya. Awal tahun adalah masa terbaik untuk kita menarik semua yang positif,” ujar Dayang Nurfaizah.

Healing Nite mengangkat konsep konsert ke satu pengalaman kurasi gaya hidup yang halus dan berlapis — di mana muzik, emosi dan kesejahteraan diraikan dalam satu naratif yang menyeluruh. Bermula seawal jam 1.00 petang di pintu masuk utama Stadium Merdeka, Healing Tent diwujudkan sebagai sebuah ruang transisi yang tenang, mengundang pengunjung untuk memperlahankan langkah dan menyerap suasana sebelum malam beralih kepada ‘mood’ healing.

Ruang ini diperkayakan dengan kolaborasi terpilih daripada rakan gaya hidup dan kulinari, termasuk LADO dengan sajian Melayu autentik, Cartel Coffeeshop dan Coffee Beans yang mempersembahkan minuman kopi pilihan, Crackohut dengan ayam gunting serta kebab shawarma, Peti Dessert dengan pastri berkarakter, Sugar & Fruits yang meraikan kesegaran buah-buahan, dan NachosLah dengan variasi nachos kontemporari.

Keindahan pengalaman ini diteruskan ke dalam stadium, apabila Coffee Cartel dan Ahmad Fried Chicken bersama Teratak Spa mengambil peranan menyantuni pengunjung sepanjang konsert berlangsung. Keseluruhannya, Healing Nite bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi sebuah pengalaman gaya hidup yang dikurasi dengan penuh kehalusan — satu malam yang menghubungkan muzik, rasa dan ketenangan dalam satu perayaan jiwa yang eksklusif.

Maka untuk menikmati pengalaman baharu dalam pesta keraian, jangan sampai terlepas Healing Nite 2026 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur bermula pukul 8.45 malam.

Tiket dengan pelbagai kategori harga boleh dimiliki menerusi pembelian

di Ticket2u.

INFORMASI PENGANJURAN

ACARA: HEALING NITE 2026

ARTIS: ELLA, ANUAR ZAIN, KANGEN BAND, DAYANG NURFAIZAH, LYODRA

LOKASI: STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR

TARIKH: 24 JANUARI 2026

PENGANJUR: YUMECA SDN BHD, KEMBAR NUSANTARA SDN BHD, CREATIVE PAGE SDN BHD

RAKAN RASMI: AUDI, ST REGIS, LADO (F&B for Artists & Crew)

RAKAN MEDIA:  ERA FM, SINAR FM, ASTRO GEMPAK

HARGA & KATEGORI TIKET: Bermula dari RM190

PEMBELIAN TIKET: www.ticket2u.com.my

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅