Telah berlangsung gig Born To Be Skins 112 pada 31 Disember 2025 yang lalu di BE KL, Cheras. Selaku penganjur, Rhadio Worldwide menyasarkan separuh daripada hasil kutipan tiket untuk didermakan kepada rakyat Gaza yang sedang dilanda krisis kemanusiaan akibat perang dan penjajahan regim Zi0nis.

Acara dibarisi sembilan band Oi!/Streetpunk yang tidak asing lagi dalam komuniti Skinhead tanahair. Nama-nama seperti Uncure, ConflictCrisis, W.A.R dan The Hard-Crop’s semestinya cukup dikenali. Selain itu band-band yang sedang meningkat naik seperti Idle Hands, Oi! Frequency, The Mondz, The Sudden Death dan Single Stitch juga turut memeriahkan acara yang berlangsung pada hari terakhir untuk tahun 2025 sekaligus menjadi acara untuk menyambut tahun baru 2026.
Dimulakan tepat jam 5:30 petang oleh selektor Soul Boss sebagai pemanas badan dengan putaran lagu-lagu klasik pilihan terbaik. Idle Hands mengambil alih pentas selaku band pertama mempersembahkan lagu-lagu hits mereka seperti Sir Bobby Moore, Remember ’69 dan Never Get Knackered.

Idle Hands
Usai rehat bagi menghormati waktu Maghrib, acara diteruskan dengan persembahan bertenaga daripada Oi! Frequency, The Mondz dan The Sudden Death. Ketika ini crowd sudah mula memenuhi ruang BE KL. Memandangkan gig yang dijadualkan pada hari bekerja mungkin menjadi sebab kelewatan untuk hadir. Tiba masa ConflictCrisis mengambil alih mempersembahkan lagu-lagu antaranya 1 Word: Fight, Dunia dan sebuah lagu yang bertemakan perjuangan rakyat Palestin, From The River To The Sea yang disambut baik oleh para penonton.

The Mondz

Oi! Frequency
Tidak menunggu lama, Uncure pula meneruskan injakan adrenalin pada malam itu. Terkenal dengan lagu-lagu yang sing-a-long seperti Bersama Selamanya dan Oh Macik, Uncure tampak bergaya menghiburkan peminat mereka. Tidak dilupakan mereka juga memainkan sebuah lagu dicipta khusus untuk bersolidariti, Palestin! Hak Yang Dinafikan.

Kredit: Tompok Production

Kredit: Tompok Productions

Kredit: Tompok Productions
Malam yang hangat diteruskan dengan Single Stitch yang bermain lagu-lagu dari EP pertama mereka seperti Oi! Calling dan Bovver Boys’ Ballad. Set dari The Hard-Crop’s pula seakan membadai ruang moshpit. Lagu-lagu mereka yang aggro membuat crowd tidak senang duduk berpogo sesama mereka. Band terakhir, What A Riot atau singkatannya W.A.R yang kembali berpentas setelah sekian lama berhibernasi tidak kekok bermain lagu-lagu mereka sendiri termasuk selingan lagu cover yang menjadi encore malam itu. Acara tamat tepat pada jam 12:00 tengah malam walaupun crowd masih meminta lagu tambahan.

Kredit: Tompok Productions

Kredit: Azab Lensa
Gig yang disokong oleh World Food Aid, Klang BootbOis Generation dan Gerakan 112 ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin. Separuh dari hasil kutipan tiket didermakan melalui saluran NGO World Food Aid yang mengelola program Nasi Arab Untuk Gaza.
Bagi yang ingin menyumbang untuk program Nasi Arab Untuk Gaza boleh salurkan sumbangan melalui QR Ikhlas Care berikut:

Semoga lebih banyak acara sebegini di masa mendatang. Merdeka Palestin!
