Kembali Selepas 7 Tahun, Sheila On 7 Bakal Beraksi Di Latihan Pestapora Malaysia!

oleh Hanis Izzatul
0 komen 1.1K bacaan

Selepas tujuh tahun, kumpulan legenda muzik dari Indonesia, Sheila On 7 (SO7) bakal kembali ke Malaysia untuk menjayakan sebuah festival yang menghimpunkan dua negara serumpun, Indonesia dan Malaysia, iaitu Latihan Pestapora, yang kini dipindahkan ke lokasi baharu, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Julai 2025.

Latihan Pestapora diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri kemeriahan festival tersebut, khususnya kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk ke Jakarta, Indonesia.

Edisi utama Pestapora bakal berlangsung di Jakarta pada 5, 6 & 7 September 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Hitman Group, Rohit Rampal berkata, SO7 bukan sekadar kumpulan muzik, tetapi mereka adalah sebahagian daripada kenangan dengan lagu-lagu mereka yang menjadi anthem satu generasi. Kepulangan mereka ke Malaysia bukan hanya sekadar sebuah persembahan tetapi merupakan sebuah detik bersejarah yang telah lama dinanti-nantikan semua peminat.

Kali terakhir SO7 beraksi di Malaysia adalah menerusi Konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur di Starxpo Centre, Kenanga Fashion Mall (KWC) pada 2018.

Pengarah Festival Pestapora dan Pengasas Bersama Boss Creator, Kiki Ucop berharap, kemunculan SO7 bersama dua tambahan lineup iaitu Nadin Amizah serta ALVN dapat mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara dalam satu malam yang penuh jiwa, muzik, dan kenangan.

Selain SO7, Latihan Pestapora Malaysia turut dimeriahkan dengan beberapa artis hebat dari Indonesia dan Malaysia seperti .Feast, Hindia, Pamungkas, Feel Koplo, Bittersweet, Bunkface, DOLLA dan ramai lagi, menjadikannya sebuah pengalaman muzik silang budaya yang penuh warna.

Festival ini dijangka menjadi antara acara muzik terbesar tahun 2025 dengan gabungan pelbagai genre seperti pop, rock, alternatif, hip-hop dan indie untuk peminat yang dahagakan pengalaman muzik serumpun yang mengasyikkan

Tiket Fasa 2 akan mula dijual pada 9 Jun 2025, 12pm (GMT+8) di www.latihanpestaporamalaysia.com. Ini susulan penutupan jualan Fasa 1 yang menyaksikan ribuan peminat membeli tiket walaupun sebelum barisan penuh (full lineup) diumumkan.

KATEGORI TIKET FASA 2 BAHARU:

  • Rockzone (Free Standing) – RM299
  • GA (Free Standing) – RM249
  • CAT 1 (Numbered Seat) – RM399 Kategori Baharu
  • CAT 2 (Numbered Seat) – RM189 Kategori Baharu

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.latihanpestaporamalaysia.com

Pertanyaan Media:
📞 +6012-2655783
📩 concerts@hitman.group

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅