ACAB ‘Bersama Semula’ Dengan Peminat di Johor Bahru

oleh Esa Zuan
2K bacaan

Kredit: Syafiq Zainal

Setelah melalui fasa pandemik dengan empat pementasan atas talian termasuk satu hybrid show (gabungan fizikal dan online), tiba masanya ACAB hadir dengan poster showcase tanpa perkataan ONLINE bertarikh 16 September 2022. ACAB dan peminat mereka semestinya teruja untuk bersama semula setelah dibelenggu dengan kehidupan yang penuh batas selama ini.

Hampir 800 orang peminat yang hadir ke The Colloseum, City Plaza JB pada tarikh tersebut membuktikan perjuangan 28 tahun ACAB ini masih lagi utuh dan persoalan ‘Ke mana hilangnya bootbois?’ dijawab dengan jelas. Ia satu kejayaan buat ACAB kerana dapat mengumpulkan peminat yang datang dari pelbagai daerah, negeri, malah negara seberang tambak.

Sebelum ACAB memulakan persembahan, band-band tuan rumah seperti The Mister,  Zero One Heroes dan Humming Birds antara yang menjayakan showcase kali ini dengan bersulamkan muzik putaran JB Soul yang membawa crowd galak skanking dengan irama ska dan rocksteady.

Kredit: Syafiq Zainal

Lebih kurang 9.40 malam, tiba giliran ACAB naik ke pentas dengan ritual pembukaan Skintro, laungan Gibson Les Paul yang disandang Megat. Tangan-tangan peminat dilihat mengenggam ke udara menaikkan lagi semangat semua pencinta muzik Oi! di Johor Bahru. Penampilan top notch Edy dari segi gaya dan skill sangat mencerminkan jiwa skinheadnya yang tak pernah pudar. Begitu juga Anas dan Zul, memainkan peranan bersama senjata masing-masing.

Setlist disusun dengan lagu-lagu yang mampan dan mesra sing-along. Rata-ratanya dibawa masuk dari album Eastern Oi! dan Skinhead 4 Life. Weeping & Wailing antara judul yang jarang dibawakan secara live. Nostalgia tidak pernah menipu, peminat terus-menerus menyanyi bersama dengan lirik yang mungkin telah menjadi siulan mereka sejak lebih 20 tahun dahulu.

ACAB menutup persembahan dengan antem keramat yang membawa nama Malaysia ke eropah iaitu Skinhead 4 Life. Lagu ke-17  tersebut menutup tirai malam persembahan itu dengan gilang-gemilang.

Kredit: Syafiq Zainal

Sementara itu, selepas kejayaan penganjuran showcase ini, ACAB memberi bayangan misi mereka akan datang iaitu … Eastern Oi Fest! Sama-sama nantikan pengumumannya.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅