Mutiara Damansara — sebuah kawasan bandar di Petaling Jaya yang sangat sibuk, dipenuhi dengan pusat membeli-belah, tempat kerja dan kawasan penempatan. Namun, Mutiara Damansara yang kami ingin sampaikan ini agak berbeza sikit dengan definisinya.
Hal ini kerana terdapat sebuah band Metal dari Perancis mengambil nama Mutiara Damansara sebagai nama kumpulan. Pelik tapi benar, anda mungkin tidak percaya tetapi mereka ini pernah menjadi bualan masyarakat kita suatu masa dulu kerana nama uniknya.
Pernah Menjadi Bahan Ketawa oleh Para Netizen Malaysia
Mutiara Damansara ialah band trio yang memfokuskan shoegaze dan post black-metal sebagai genre utama mereka. Antara ahli-ahli band ini ialah:
- Charlize Ann Myers: Vokalis dan gitaris.
- Cyanure: Gitaris.
- Ulysse Kernec: Bassist.
- Antoine Khaos: Bekas gitaris.
- Josua: Bekas gitaris
Sepanjang karier, mereka hanya merakamkan empat buah EP dan satu album — Annual Winter Depression (2010), Pearls (2012), Every Soul Is A Shining Star (2015) dan Annual Winter Depression MMXVI (2016).
Mereka sebenarnya tiada kaitan atau pernah tinggal pun dengan Mutiara Damansara (maksudnya mereka tinggal atau kerja di situ), tetapi mereka hanya ingin mencari nama yang unik.
Mula menjadi buah mulut masyarakat selepas para netizen mengetahui tentang kewujudan mereka dengan nama Mutiara Damansara itu. Selepas itu, ramai netizen Malaysia mula membanjiri ruangan komen di akaun Facebook mereka.
Ada yang positif memberikan cadangan supaya mereka datang buat konsert di Malaysia dan terdapat juga netizen macam beruk pergi ejek nama Mutiara Damansara ini, sampailah mereka terpaksa keluar kenyataan status di Facebook:
Perkembangan Mutiara Damansara tersekat pada 2016
Jika anda ingin tahu perkembangan Mutiara Damansara ini, mereka sudah berpecah pada tahun 2016. Menerusi status Facebooknya, mereka mengatakan Mutiara Damansara telah mati, tetapi hasil muzik mereka masih hidup.
Kalau ingin mendengar EP dan album Mutiara Damansara, anda boleh pergi ke Bandcamp mereka: