Claudia dan lost spaces Wakil Malaysia ke Music Live Matters – 35 Artis, 20 Negara, 6 Malam, Percuma!

oleh Wahyu Abadi
602 bacaan

Music Live Matters 2023 bakal meraikan ulang tahun ke-18nya di Singapura bermula 8 hingga 13 September ini. Lebih menarik lagi, acara yang berlangsung selama enam malam berturut-turut ini adalah percuma untuk semua peminat yang hadir. Terdapat 35 artis dari 20 negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Australia, Hong Kong, dan banyak lagi akan berkampung dan berpadu tenaga menjayakan festival yang bertempat di Clarke Quay & *Space ini.

Malaysia bakal diwakili oleh dua orang artis muda yang semakin meningkat naik iaitu Claudia dan losts paces. Nama mereka bukanlah asing di dalam dunia muzik tempatan dan antarabangsa, Siapa sahaja yang menyaksikan mereka secara langsung pasti akan terpesona dengan karakter dan persona yang ditampilkan. Ini amat bertepatan dengan objektif utama festival ini – menyatukan pemuzik dari seluruh dunia di atas satu bumbung festival. Inilah masanya untuk pengkarya-pengkarya ini membuat hubungan baik dan belajar bersama-sama pengkarya luar lain.

Tahniah kepada Music Matters Live kerana berjaya mengetengahkan idea bernas ini kepada umum. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke festival ini yang akan berlangsung pada 8 hingga 13 September 2023.

Tiket boleh dibeli mulai sekarang di sini.

Ayuh, kita bersua mesra di Music Matters Live 2023. Jumpa di sana.

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅