Cycryptic Luncur ‘Solitasi,’ Amaran Awal Album Baharu Bakal Merubah Dimensi Muzik Metal Negara

oleh Music Addicts Malaysia
1.1K bacaan

Teks ehsan Dissecting the Euphony

Unit metal yang berpengkalan di Perak, Cycryptic baharu sahaja mengeluarkan single terkini mereka yang berjudul Solitasi. Trek ini merupakan follow-up daripada album sulung mereka yang dikeluarkan pada tiga tahun lalu dan merupakan teaser kepada album baharu mereka akan datang.

Solitasi menjamu pendengar dengan persembahan death metal yang moden dan percussive selain tone gitar ditala rendah, memberi impak lebih berat dan garang. It’s a face punching, back-shattering track yang tidak straightforward, sebaliknya diperkaya dengan clean vocals yang memberi dinamik dan counter balance kepada main vocals yang nak meletup tekak memekak.

Saya menyukai tone gitar yang mengingatkan saya kepada Northlane yang chunky macam kena hentak lori minyak pada full speed. Overall feel pula mengingatkan saya kepada Shadow of Intent yang keep you at the edge of the seat dengan lagu yang fast tanpa hilang dinamik turun naik, kecuali Cycryptic tidak mempunyai elemen symphonic (mana tahu lagu dalam album akan datang ada pulak) dan brutality Lorna Shore untuk bulldoze the whole song macam lembu naik minyak.

Saya fikir it’s a decent effort and a good teaser kepada album akan datang. It could be gamechanging, who knows?

Solitasi kini boleh dinikmati di kesemua platform strim digital pilihan anda.

Ikuti Cycryptic di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅