Divide Meminta Bantuan Menerusi ‘Selamatkan Aku’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2K bacaan

DIVIDE

Unit Post Hardcore dari Jakarta, Divide telah melancarkan video muzik (MV) terbaru bertajuk Selamatkan Aku yang diluncur di Youtube dan di seluruh platform digital pada Tarikh 24/9/2021.

Setelah mereka melancarkan single Menyakitkan pada 2020, penulis sejujurnya tidak sabar menanti material mereka yang baru kerana mereka merupakan permata yang bersinar di Indonesia, ditambah lagi mereka bersama The Golden Legacy sebagai pasukan promosi di Indonesia mahupun di luar negara.

Jika kita lihat di video muzik tersebut, kita nampak seorang jejaka yang hidup sendiri yang berlatar belakangkan pasca-kiamat. Walaupun tidak diterangkan secara terperinci, jejaka ini terlihat sedang mencari kekasihnya yang kita dapat lihat melalui kisah silam beliau ketika dunia masih normal dan beliau cuba bertahan sendiri di planet yang beliau duduki.

Jika sebelum ini Divide membawakan elemen Post Hardcore, kali ini mereka mencuba sesuatu yang baru iaitu Dark Pop dan memberi sedikit warna yang menepati sasaran di setiap susunan lagu. Bukan itu sahaja, jika sebelum ini mereka bergantung kepada Dendenk (vokalis) dan Uda (Gitaris dan vokalis) di posisi vokal, kali ini Pradipta (Gitar Utama) juga turut serta dan menjadikan sebuah trio yang mendendangkan lagu ini secara bergantian dengan karekter masing-masing. Untuk instrumen pula, mereka lebih cenderung kepada bunyian yang perlahan dan sendu. Memang tidak berat seperti lagu-lagu sebelum ini namun cap mohor Divide masih terpelihara.

Menurut Dendenk selaku vokalis Divide:

“Lagu ini bakal terdengar sangat berbeda apabila dibandingan dengan lagu-lagu kita sebelumnya, bukan hanya karena tidak ada part scream dan tempo yang pelan, tapi karena di sini kita merasa berhasil mengawinkan sebaik mungkin antara lirik dan juga musik, yang di mana semestinya pesan dari lagu lebih mudah tersampaikan.”

 

“Untuk ke depannya pun bukan berarti kami akan terus menulis lagu dengan warna seperti ini, tapi bukan berarti juga akan melembek. Intinya kami bakal terus mencoba untuk explore dalam penulisan lagu kedepannya,”

Sejujurnya, ini merupakan bunyian baru yang dibawa oleh Divide dan mereka ini semuanya telah bersedia untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Penulis mengharapkan untuk mereka datang ke Malaysia membuat persembahan apabila rentas negara telah dibenarkan.

Tahniah buat Divide atas pelancaran single ini. Semoga kalian baik-baik sahaja di Indonesia dan jaga diri kalian. Semoga kita dapat bertemu satu hari nanti. Adios!!!

Ikuti Divide di:

Facebook

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅