29 Tahun ‘Dirt’ (Alice In Chains) – Album Terbaik Grunge Dengan Makrifat Nihilisme & Pergelutan Dadah

oleh Chiv Iscandar
2K bacaan

Hari ini 29/9 menandakan ulangtahun yang ke-29 satu album ikonik oleh Alice In Chains (AIC) yang menyampaikan makrifat Grunge yang sebenar – nihilisme, pergelutan dadah.

Dikeluarkan pada 29/9/1992, ia membariskan beberapa antem penting dalam sejarah Rock moden seperti Would, Them Bones, Down In A Hole dan Rooster.
Sebelum Dirt, mereka telah mengeluarkan albun Facelift (Man In A Box) pada tahun 1991 namun tidak ramai yang menjangka apa yang mereka boleh lakukan seterusnya dalam album ini.

Umum berpendapat album Nirvana atau Soundgarden namun hakikatnya, ‘Dirt’ ialah album yang ter’grunge’ antara yang paling grunge.

Banyak sebab dan dalil mengapa Dirt adalah album terbaik Grunge berbanding Nirvana, Soundgarden dan Pearl Jam.

Antaranya koleksi lagu yang menampilkan pelbagai inspirasi tersendiri seperti Rooster (kenangan Cantrell dari kaca mata ayahnya yang berkhidmat sebagai veteran perang Vietnam), Them Bones (pergeletutan dengan dadah heroin) dan Would (memori terhadap Andrew Wood, vokalis pelopor awalan muzik Seattle, Mother Love Bone) selain epitom kegelapan yang kuat.

Namun, hanya terdapat satu dalil utama mengapa Dirt dianggap album Grunge terbaik dalam kelas yang tersendiri iaitu: Vokal harmoni epik antara Jerry Cantrell (gitaris) dan Layne Staley (vokalis)

https://youtu.be/oWmo-ZjkeTw

Dirt adalah satu-satunya album yang menampilkan vokal harmoni antara gitaris dan vokalis. Dan tiada yang sehebat paduan vokal harmoni mereka selain daripada lagu ‘Would’. Dalam Would, Cantrell memulakan vokal dengan iringan harmonik Staley pada bahagian verse sebelum diterjah masuk Staley di bahagian korus.

Gandingan sebegini seterusnya ditiru oleh Blink 182 dalam I Miss You dan beberapa oleh kumpulan-kumpulan lain.

Dirt juga menempa Jerry Cantrell sebagai seorang gitaris ikonik yang mempunyai identiti tersendiri dan jauh berbeza daripada gitar-gitar hero lain. Manakala Layne seperti juga Kurt Cobain mati kerana overdose di apartmennya pada tahun 2012 namun meninggalkan legasi muzikal yang sangat penting.

Pada usia 29 tahun, Dirt menunjukkan Alice In Chains sebagai pendukung antem Grunge sebenar dan tamsil karya penuh makrifat yang pasti tidak luput ditelan zaman.

#ChivasAlexandria

Nota: Tarikh keluaran album 29/9/92 juga merupakan satu jujukan nombor simbolik dengan maksud yang tertentu.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅