Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, unit Oi! Johor Bahru, Zero One Heroes akhirnya bakal menerbitkan EP pertama mereka pada 9 Oktober 2021 dengan judul The Long Awaited Wonder-Brawl EP. Buah tangan sulung setelah 15 tahun inkarnasi mereka ini mengandungi lima buah trek termasuk Intro – Tribute to Inter Johor Firms, Hooligans, Zero One Heroes, Suffers In Gaza danKelas Pekerja Anthem yang dirakamkan di Studio 46 dan Spunkdok Studio.
Formusi ini pada mulanya ditubuhkan sekadar untuk mengisi masa lapang pada setiap hujung minggu selain memeriahkan scene Skinhead yang suram di Johor Bahru pada waktu itu. Zero One Heroes juga menganggap mereka adalah generasi baharu band skinhead di Johor Bahru selepas band-band awal seperti The Opponent, Boot Off, The Official dan The Mister. Memainkan lagu cover dari band-band seperti The Business, The 4Skins, Cock Sparrer, Perkele, Rentenir FC, A.C.A.B dan banyak lagi – juga memberi idea untuk pembuatan lagu-lagu dan material band ini.
Tahun 2007 adalah kemunculan pertama Zero One Heroes di “Oi! Working Class Fest 2007” oleh penganjur Adie (Youth Culture) bertempat di MCPA Theatre, Kuala Lumpur sebagai Band Pembukaan. Bermula dari itu, beberapa penganjur lain turut menghubungi Zero One Heroes untuk memeriahkan gig-gig mereka. Antaranya Gig “Noisy November 2008” di Malay Village-Singapura, “Oi! The Shout From The East 2009” di Naif Studio-Melaka, “Back On The Streets Vol.1 2009” di Paul’s Place-Jalan Klang Lama, “Art Splash Camp Fest 2014” di Tanjung Balau, “BTB54321 2015”, “ACAB X Subculture 2 Decades of Rebellion Tour 2016”, “Satu Kapal Come Back 2018” di Johor Bahru “Malaysia Skinhead Annual Dinner Festival 2019” di Melaka, “Paddy Field Music 2019” Di Alor Setar-Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan banyak lagi.
Selain itu, anggota Zero One Heroes juga merupakan sessionist untuk band-band lama seperti The Opponent & Boot Off. Walaubagaimanapun, mereka menghadapi masalah di mana mereka diharamkan oleh beberapa penganjur di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Walau apapun, ia tidak menghalang Zero One Heroes untuk membawa semangat muzik Oi! maju terus ke hadapan – walaupun pada ketika itu muzik Indie dan juga Hardcore sangat popular dalam kalangan remaja. Di sepanjang penubuhannya, anggota Zero One Heroes silih berganti dan beberapa posisi juga diganti di antaranya Arshad (Drum), JB John Cherry Red (Drum), Koweng (Gitar) & Maulana (Gitar).
The Long Awaited Wonder-Brawl EP dicetak dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 300 naskah sahaja. Jadi, jika anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi Zero One Heroes di zerooneheroes@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Ikuti Zero One Heroes di: