5 Perkara Menarik Yang Berlaku Pada Konsert Faizal Tahir : Suara Rakyat! - Music Addicts Malaysia

5 Perkara Menarik Yang Berlaku Pada Konsert Faizal Tahir : Suara Rakyat!

oleh Khaliq G
0 komen 98 bacaan

Kredit: Hitman Solutions

Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Konsert yang membawa peminat mengembara dalam kembara muzik Faizal Tahir selama dua dekad dalam dunia seni, ternyata meninggalkan banyak kenangan buat mereka yang hadir di Unifi Arena tempoh hari.

Jom kita recap perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang Konsert Faizal Tahir:  Suara Rakyat, dan apa pula yang kurang best berlaku di konsert tersebut!

 

Yang Menarik di Konsert Faizal Tahir Suara Rakyat

  • Susunan muzik malam itu cukup padu! Kesemua lagu dipersembahkan dengan arrangement yang cukup segar dan fresh. Gorengan gitar elektrik dan ketukan drum daripada pemuzik cukup energetic! Tepukan paling gemuruh harus penonton berikan kepada barisan pemuzik yang diketuai oleh Rushdan Ashri selaku music director.
  • Pujian juga harus diberikan kepada penganjur dengan penampilan set pentas yang sangat hebat dan gah, ditambah pula dengan sound system yang dasyat dan lighting yang menaikkan mood sepanjang konsert. Syabas diucapkan buat Hitman Solutions dan pasukan!
  • Konsert tersebut diselang selikan dengan celoteh Faizal Tahir. Malam itu ibarat suatu malam tazkirah. Banyak nasihat yang Faizal sampaikan kepada penonton. Beliau menjadikan konsert ini bukan sekadar tempat untuk berhibur, bahkan platform untuk menyampaikan dakwah secara tidak langsung.
  • Faizal Tahir juga membacakan doa ketika selesai menyanyikan lagu bersama Mirwana; doa untuk keamanan dan kesejahteraan buat saudara kita di Palestin. Satu stadium merasa sebak dan juga meremang bulu roma. Again, konsert ini menjadi platform untuk beliau menyampaikan mesej keamanan.
  • Faizal sempat berseloroh, banyak lagu yang dia nyanyikan dahulu, dia cukup menyesal bawa dengan muzik sebegitu. Iyelah, lagu-lagu di awal kemunculan beliau semunya dibawa dengan note tinggi. Malam itu, FT bawakan dengan rendition baru yang sesuai dengan usianya.
  • Kasih Tercipta menjadi antara lagu yang mendapat sorakan paling kuat daripada penonton di stadium. Lagu itu tiba-tiba menjadi tular semula tahun ini menerusi platform TikTok. Ini membuktikan karya yang hebat pasti akan merentasi zaman dan masa serta dinikmati oleh peminat tak kira usia.

Kredit: Hitman Solutions

 

Yang Kurang Best di Konsert Faizal Tahir Suara Rakyat

  • Terlalu banyak bualan dan celoteh oleh Faizal Tahir pada malam itu, lagi-lagi pada part bercerita mengenai kempen Internet Selamat. Iya, kita faham Faizal Tahir menjalankan tanggungjawab sosial beliau selaku figura ternama, apatah lagi konsert ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil. Tapi bila terlalu banyak bercakap, momentum antara persembahan sudah semakin kurang. Ada penonton terpaksa pulang pada jam 11 malam sebab perlu kejar waktu LRT.
  • lagu-lagu berhantu seperti Selamat Malam, Ragaman dan Dirgahagu tidak dibawakan oleh Faizal Tahir malam itu! Oh come on, ini semua lagu yang penulis kira lagu wajib dalam konsert. Lebih baik kita tinggalkan lagu Fire & Water (ost filem Boboiboy) dan lagu Teknologia (lagu kempen Internet Selamat). Ramai penonton bising dan marah di aplikasi Threads apabila tiga lagu berhantu ini tidak dibawakan pada malam konsert. Dan ya, penulis pun sedih sebab Selamat Malam adalah personal favourite penulis. Sobs.
  • Faizal terlalu banyak pass mikrofon kepada penonton di part chorus dan bernada tinggi. Kita faham tentang faktor usia dan lagu itu bernotasi tinggi, tapi bila terlalu kerap ia seakan merencatkan climax pada lagu itu sendiri. Contoh paling ketara pada lagu Kasih Tercipta. Lagu ini diturunkan key dan banyak sangat part yang FT tidak sampai untuk bawakan. But it’s okay, penonton semuanya pasti faham.

Kredit: Hitman Solutions

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅