Nampak tajuk single macam lagu hardcore punk, namun bukan (gelak 80’an). Kali ini aku didatangi kugiran diberi nama Aus et al. yang baru sahaja melancarkan single Hey Sudahlah! di saluran YouTube pada 30 Disember 2023.
Formasi dari Kuala Lumpur yang membawa unsur RnB, Jazz dan Funk ini telah ditubuhkan pada tahun 2021. Mereka terdiri daripada Aus (vokal & gitar), Azeem (gitar), Jin (bass), Hisyam (keys), Ali (dram). Mereka juga mempunyai sebuah Live EP ‘Metodologi’ yang diterbitkan pada tahun lepas dan turut mengandungi versi live Hey Sudahlah!
Metodologi tu rilis semata-mata untuk nak bagi orang dengar lagu yang kami dah ada sebabnya band ni wujud 2021 tapi sampai 2023 belum ada apa-apa lagu yang diterbitkan yang orang boleh rujuk untuk kenal kami lebih lanjut.
Tambahan pula, kami masih lagi dalam proses mencari bunyi dan arrangement yang at least sedap dekat telinga kami dan kena dengan identiti yang kami cuba bawak. Rilisan Live EP Metodologi tu bunyi bila kami bawa live dekat mana-mana show, tapi untuk official release, we go a bit further dengan bunyi-bunyi tambahan. Tu sebab dalam live EP tu dan single kami ni, bunyi dia sedikit lain.
Memperkenalkan irama pop jazz pada permulaannya, lagu ini membuat aku terkesan dengan elemen yang disampaikan oleh Aus. Hey Sudahlah! membawa nuansa upbeat dan penuh dengan kisah serta momen peribadi penulis lagu bersama anak perempuannya. Lagu yang ditulis oleh Aus ini terinspirasi dari pengalaman peribadinya ketika terbangun oleh tangisan anak perempuannya di tengah malam. Dia mencuba menenangkannya dengan mengatakan, “Hey hey hey, sudahlah, jangan menangis lagi.” Setelah anaknya tertidur, Aus kesulitan tidur dan memutuskan untuk menulis lagu berdasarkan pengalaman yang baru saja dialaminya.
‘Hey Sudahlah!’, sebuah lagu yang aku tulis dari satu momen bersama anak aku. Aku selalu ceritakan latar belakang lagu ni setiap kali perform lagu ni secara live. Pada satu hari tu, anak aku, Ayla, tiba-tiba terjaga tengah malam, menangis dalam igau. Aku terus angkat dan dukung dia, sambil tepuk-tepuk belakang dia untuk tenangkan dia. Perkataan yang keluar dari mulut aku masa tu adalah, ‘dah, dah, jangan menangis.’ Dari situ lah terciptanya lagu Hey Sudahlah! ni.
Dimulakan dengan guitar line yang menarik perhatian, sepertinya mereka sudah matang dan mengetahui apa resepi untuk menangkap jiwa peminat. Permainan instrumen yang bersahaja ditambah pula bunyi seksofon/trumpet dari Najmi Zainal dan background vocal, Noel Ng sememangnya mengancam! Sempat aku bayangkan berada di lounge menonton mereka membuat persembahan. Mungkin sedikit kekurangan pada gitar solo di mana aku berpendapat boleh dikembangkan lagi agar lebih menusuk. Untuk adunan dan mastering juga bagus dan nampak bersih. Tahniah Kamil dari MIM atas usaha anda.
Kamil antara orang terawal yang kenal Aus dan dia yang galakkan aus untuk rakam lagu-lagu dan dia sendiri offer untuk bantu rakam dan mix material kami. In fact, dia orang pertama yang dengar dan mix lagu-lagu Aus, sebelum wujudnya lagi Aus et al. Selain tu, kami percaya telinga dan citarasa dia sebab dia sendiri berpengalaman produce beberapa band dan termasuk band dia sendiri (MIM) yang dia juga bertanggungjawab dalam rakaman dan mix keseluruhan album.
Aku juga diberitahu oleh Ali bahawa mereka dalam proses menyiapkan album dan bakal menemui pendengar pada tahun ini.
InshaaAllah akan ada lagi 2 single akan diterbitkan sebelum full EP siap dalam hujung 2024. Tapi doakan la semoga semuanya ikut perancangan. Sebab 5 lagu yang kami tengah rakam ni memang list yang selalu dimainkan dalam semua persembahan sehingga ke hari ini. Tambahan pula, lagu-lagu baru pun sebenarnya dah mulai kami susun untuk material selepas EP nanti.
Tahniah Aus Et Al, semoga kalian terus maju.
Ikuti perkembangan mereka di: