Selain Lefthanded yang mana disebut M. Nasir sebagai band paling hebat dari segi muzikalitinya semasa temubual bersama DJ Nazz, pada pandangan penulis, Exists adalah salah satu band yang boleh berdiri sama tinggi dengan Lefthanded dari segi instrumentasi walaupun tidak membawa imej rock kapak ketika itu. Band yang berasal dari Johor ini mempunyai enam ahli yang terdiri daripada remaja belasan tahun dan merekodkan album pertama pada tahun 1991. Dan dari album pertama itulah kita diperkenalkan dengan enam orang pemuzik yang disegani sehingga kini. Mereka adalah:
𝐒𝐡𝐚𝐡 – Sempat merekodkan album pertama Exists sebagai pemain gitar utama. Sumber dari mulut Shah sendiri mengatakan gitar solo dibahagi sama rata dgn Along di dalam album tersebut. Kemudian beliau meninggalkan Exists dan menubuhkan Slam. Pernah juga menyertai Search dan sekarang adalah sessionist terkenal.
𝐔𝐣𝐚𝐧𝐠 – Salah seorang pemain dram terbaik di Malaysia. Banyak merekodkan album sebagai sessionist bersama artis dan kumpulan rock terkenal. Wajahnya sering dilihat di kaca TV sebagai sessionist Gegar Vaganza dan lain-lain bersama Shah Slam.
𝐀𝐣𝐚𝐢 – Tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan komposer, juri professional dan penyanyi terkenal di Malaysia. Bersama dengan Exists untuk empat album sebagai keyboardist sebelum mengundurkan diri.
𝐀𝐥𝐨𝐧𝐠 – Antara gitaris session yang berjaya di Malaysia dan juga komposer. Ketika berumur 14 tahun, boleh dikatakan permainan gitarnya ketika itu agak dewasa. Boleh tengok persembahan lagu Anugerah (1995) di YouTube. Seawal 18 tahun dah menerbitkan album Jangan Gentar. Ada juga menulis lagu untuk kumpulan Antz dan Siti Nurhaliza.
𝗠𝘂𝘀𝗮 – Pemain bass yang sangat underrated di Malaysia. Banyak menulis lagu dan juga merupakan ketua kumpulan Exist. Lagu-lagu ciptaannya yang terkenal adalah Seperti Dulu (Exist), Kesetiaan (Siti Sarah), Saat Hilang Cintamu (Siti Sarah) dan beberapa lagi.
Untuk penyanyi tak perlu diperkenalkan iaitu Ezad dan Mamat. Kedua-dua ini mempunyai suara yang merdu dan aura tersendiri.
P.S: Betul ke ada ramai orang cakap album Jangan Gentar dan Mutan ni merupakan salah satu album alternatif rock terawal di Malaysia dan dikira pembuka jalan? Penulis dengar album Jangan Gentar tu kat Spotify, lagu Cari Beli Pinjam Api ada sound grunge sikit. Cuba dengar. Lagu Konklusi pulak ada elemen Nu-Metal. Korang jangan dengar Mengintai Dari Tirai Kamar pula.
Tonton rancangan MAMY REACT yang mengupas tentang Exists dan salah satu lagu mereka: