Konvensyen Ipoh Sound adalah sebuah himpunan merayakan gerakan muzik alternatif dan kontra budaya Ipoh. Ia digerakkan secara DIY oleh Projek Rabak, PeaceBeUponYou, Kolek, Moody dan band-band serta label-label lain yang terlibat.
Sebuah kempen untuk menyokong, mempromosi dan membeli barangan muzik tempatan Ipoh seperti cakera padat, kaset, piring hitam, baju atau apa jua barangan keluaran band dan artis, dalam masa sama berkongsi tentang sejarah, budaya, falsafah, intelek dan akademik melalui sesi perkongsian ‘1985-2024: Sejarah dan Perkembangan Muzik Kontra Budaya’ dan forum ‘1994-2024: 30 Tahun Ipoh Beralternatif’.
Turut dianjurkan adalah tayangan gig rare ‘Kopi SeChewen Vol. 1 (1997)’ yang menjadi pencetus utama terlahirnya ‘Ipoh Sound’. Satu sesi karaoke lagu-lagu alternatif terpilih Ipoh sejak era 90an sehingga terkini juga akan turut berlangsung.
‘Ipoh Sound’ pertama kali digelar oleh wartawan daripada majalah Klue sekitar 20 tahun yang lalu, ia merujuk kepada band-band indie rock Ipoh. Tahun lalu, UNESCO telah mengangkat Ipoh sebagai jaringan bandar kreatif mereka untuk bahagian muzik. UNESCO kembali merujuk ‘Ipoh Sound’ sebagai salah satu elemen penobatan tersebut.
Petikan kenyataan UNESCO:
Ipoh is colloquially known as the Indie Rock City of Malaysia and is the birthplace of many underground and independent music acts in the country. The wealthy elites of the city demanded contemporary entertainment such as nightclubs and cabaret shows, leading to widespread exposure to various genres of Western rock music. This influenced generations of youths in the city who adapted the music and created their own unique “Ipoh sound”, particularly the “rusty, lo-fi and sloppy” and raw sound that characterises both the music and laid-back atmosphere of the city.
The music creators of Ipoh go against the mainstream by composing, performing and recording their own music independently. Ipoh is home to recording studios that have produced albums and compilations of the city’s music, which are distributed through their own independent networks.
Program ini akan berlangsung di Moody, Ipoh pada 14 September 2024, bermula jam 10 pagi hingga 7 petang. Masuk adalah percuma.
Moh ke Ipoh, meraikan sub-budayanya!