https://youtu.be/8zmj-6qV2KU
Buat peminat alternative rock di luar sana, semestinya anda tidak boleh melepaskan peluang untuk melayari single pertama dari Insecure bertajuk Luka Duka di Youtube yang telah dilancarkan pada 6 Mac 2021.
Insecure merupakan projek solo yang diasaskan oleh Ku Azri. Berasal dari Tanjung Malim, Perak, ia ditubuhkan pada tahun 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Jika dilihat pada bunyi yang diketengahkan, band ini menampilkan bunyian yang bercampur aduk namun lebih selesa dikategorikan sebagai sebuah band alternative rock.
Lagu ini mengisahkan tentang perasaan yang merasakan ujian kehidupan yang penuh pahit manis. Sedikit proses bedah siasat, bunyian yang dipersembahkan agak baik dan proses adunan dan mastering yang sekata. Secara keseluruhannya, band ini boleh pergi lebih jauh jika diberi peluang yang sepatutnya.
Menurut Ku Azri sebagai tunjang utama, Insecure dalam proses untuk menyiapkan single seterusnya dan akan melancarkan sebuah EP pada tahun hadapan jika tiada aral melintang.
Tahniah buat Insecure atas pelancaran single mereka. Penulis tidak sabar untuk menanti kehadiran material yang seterusnya dari anda. Adios!!!
Ikuti Insecure di: