Tertipu Dengan Janji Manis? WordSmithBandit Sound Tepek

oleh Rahmat Mohd Did
592 views

WordSmithBandit (WSB) kembali dengan single baharu berjudul Termakan setelah merilis All The Sins That I Have Left Behind pada 5 Februari 2021.

Baca ulasan sebelum ini:

Luahan Peribadi WordsmithBandit Dalam ‘All The Sins That I Have Left Behind’

Masih kekal dengan nuansa alternative rock, Termakan ditulis dalam bahasa Melayu dan menembak tepat golongan yang suka mungkir janji.

“Lagu ini berkisar mengenai penolakan dalaman secara keras terhadap janji manis manusia yang tidak tertunai, sama ada dari bekas kekasih, kawan yang liat untuk bayar hutang, mahupun janji kosong politikus.”

WordSmithBandit adalah alter-ego kepada Fadirul Fais, seorang penyanyi-penulis lagu dari Kuala Lumpur. Dia tidak menetapkan nuansa untuk lagu-lagunya tetapi dia kuat dipengaruhi muzik rock dari era 90an. Sejak melancarkan single pertamanya berjudul Homebound pada April 2020, kini lagu-lagu keluaran WordSmithBandit telah distrim lebih 100,000 kali di Spotify.

Ikuti WordsmitBandit di:

Instagram

YouTube

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati