5 Fakta Menarik Tentang Angus Young (AC/DC)

oleh Rahmat Mohd Did
1.9K bacaan

Angus McKinnon Young dilahirkan pada 31 Mac 1955 di Glasgow, Scotland dan hari ini, beliau meniup 66 batang lilin di kek hari jadinya.

Sedikit trivia tentang gitaris lagenda AC/ DC ini:

1. Sebelum menubuhkan AC/ DC, beliau bekerja di sebuah penerbitan majalah porno bernama Ribald.

2. Berada di kedudukan 96 dalam senarai 100 Gitaris Terbaik Sepanjang Zaman kelolalan majalah Rolling Stone.

3. Tidak mabuk dan hisap dadah.

4. Atas desakan kakaknya, Margaret, Young mula memakai uniform Ashfield Boys’ High blazer pada tahun 1974. Selepas lebih empat dekad, Young masih tenang menyarung uniform tersebut di konsert.

5. Gitar ikonik beliau, Gibson SG dibelinya pada tahun 1970 di sebuah kedai barangan terpakai. Sehingga kini, beliau masih memiliki gitar tersebut dan masih lagi gitar kesayangannya!

Sebagai peminat muzik, ada tak kalian jumpa band lain yang kekal dengan formula muzik sama hampir 50 tahun dan masih digilai seluruh dunia sehingga kini?

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅