Anda peminat lagu-lagu sendu? Jangan terus bersedih kerana Hasha Roslan baru sahaja melancarkan single terbaru beliau iaitu Koma yang telah diluncur pada 27 Mac 2021 di semua pentas strim digital.
Hasha Roslan merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik dari Kuala Lumpur yang masih baru bergiat dalam industri muzik tanah air. Beliau juga merupakan salah seorang finalis untuk Anugerah Lagu Indie 2020 dengan pertaruhan lagu hasil ciptaan Aziem Rashidi dan duetnya bersama Heidi Moru iaitu Jika Ini Yang Terbaik.
Koma berkisar tentang insan yang menunggu jawapan dari salah seorang ahli keluarganya yang sedang terlantar koma akibat penyakit kanser. Dan ini sangat memberi kesan kepada beliau.
Menerusi kenyataan Hasha Roslan:
“Aku menunggu jawapan yang ingin aku tahu setelah dia kembali pulih. sehingga kini tiada jawapan. Kuatkanlah semangat adalah jawapan yang aku sering kali terima. Kuatkanlah diri untuk bangun, aku akan selalu ada bersamamu. Setiap hari dan setiap masa akan aku ada di sisimu, tanpa kenal erti penat, siang dan malamku hanya untukmu. Kalau tiada jalan keluar, bagi aku masuk untuk cari kau di hujung dunia sekali pun, aku akan cari”.
Begitulah ayatnya untuk kesekian kali yang masih setia menanti.
Tahniah buat Hasha Roslan atas pelancaran single terbaru. Semoga anda terus maju di hadapan dan kami mendoakan semoga anda dipermudahkan urusan dunia akhirat.
Ikuti Hasha Roslan di