Walaupun Konsert Billie Eilish Meriah, Ramai Pertikai Kena ‘Scam Tempat Duduk’

oleh Chiv Iscandar
1.6K bacaan

Konsert Billie Eilish ‘Happier Than Ever’ World Tour 2022 berlangsung meriah semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan anggaran penonton dikatakan lebih 20,000 orang.

Walaupun demikian, seperti biasa akan ada banyak drama di Malaysia.

Di sebalik keriangan dan kemeriahan konsert, ramai penonton terutama di bahagian tempat duduk stadium tidak berpuas hati kerana kedudukan ‘seating view‘ yang sangat jauh dan tidak logik dari pentas konsert.

Akibatnya, mereka tidak nampak ‘haram jadah apa pun’ semasa Billie ligat beraksi.

Ramai juga yang mempertikaikan keadaan ruamg penonton dalam stadium yang tidak mesra konsert.
Ini kerana terdapat banyak ruang kosong di atas padang stadium yang memisahkan antara ruang depan pentas (standing view) dan bahagian tempat duduk penonton.

Para peminat terutama mereka yang membeli bahagian tempat duduk turut berkongsi pengalaman mereka.

Berikut antara video-video menarik bersepah di TikTok tentang kualiti penganjuran dan isu ‘seating view’:

https://vt.tiktok.com/ZSRBXrnWv/

https://vt.tiktok.com/ZSRBCoQgT/

https://vt.tiktok.com/ZSRBXMS3R/

https://vt.tiktok.com/ZSRBXe7xB/

https://vt.tiktok.com/ZSRBXLusC/ (that dumbass pointy temt 🤣🤣)

https://vt.tiktok.com/ZSRBXeuvm/

https://vt.tiktok.com/ZSRBX1Wg1/

https://vt.tiktok.com/ZSRBC7TeH/ (nampak apa je babi…)

https://vt.tiktok.com/ZSRBXjjAH/

https://vt.tiktok.com/ZSRBCwHH7/

https://vt.tiktok.com/ZSRBCEN7x/

https://vt.tiktok.com/ZSRBXHCJT/

Terdapat juga tuduhan penganjur sebagai ‘scammer’ tempat duduk kerana gagal membuat koordinasi secara sistematik bagi kepuasan maksima para peminat Billie, terutama di bahagian ‘seating’ stadium.

Bayaran RM500 yang dikenakan bagi tempat duduk paling hadapan (CAT 1) juga dikritik ramai kerana walaupun dalam kedudukan premium, jarak ke pentas konsert masih tersangat jauh.

Khemah Kenduri Kahwin Tengah Stadium

Di samping itu, kedudukan satu ‘khemah kenduri kahwin’ sepertimana anggapan para penonton di tengah padang juga menimbulkan gelak humor di media-media sosial peminat.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak penganjur terutama konsert-konsert bertaraf antarabangsa kerana ia menyebabkan status kredibiliti penganjur diragui dan hanya menjadi bahan jenaka para peminat.

Diharap komen dan teguran membina para peminat akan dapat menambahbaik prestasi dan aspek penganjuran konsert-konsert akan datang.

Penganjur tidak boleh dilihat terlalu ‘kampungan’ dalam penganjuran acara-acara festival dan konsert yang membawa artis bertaraf superstar.

Sebagai perbandingan, perhatikan rakaman suasana konsert Billie di Seoul, Korea yang berjaya memaksima ruang penonton sebaiknya lantas memberi impak kepuasan maksima kepada semua.

Rakyat Malaysia bukan lagi negara membangun atau dunia ketiga, mereka bersedia membayar untuk hiburan berkualiti asalkan menepati citarasa.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅