10 Fakta Menarik Tentang MF DOOM

oleh Rahmat Mohd Did
2K bacaan

Dunia hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang rapper ikonik, MF DOOM di usia 49 tahun. Berita duka tersebut disampaikan oleh isterinya, Jasmine melalui Instagram pagi tadi.

Walaupun kurang berjaya di arus perdana, MF DOOM dihormati artis-artis hip hop lain kerana kreativitinya. Berikut adalah 10 fakta yang anda perlu tahu tentang rapper kelahiran London, England ini.

Dilahirkan dengan nama Daniel Dumile dan ibunya memberi nama gelaran “Doom” sewaktu beliau kecil.

Salah satu album kegemarannya adalah The Best of John Coltrane: His Greatest Years.

Pada tahun 1991 ketika baru berusia 19 tahun, MF DOOM berucap di Senat mewakili gerakan Rock the Vote. Beliau menggunakan nama samaran Zev Love X waktu itu.

Beliau pernah bertemu 2Pac ketika siri jelajah bersama Big Daddy Kane dan 3rd Bass.

Awalnya, beliau menggunakan topeng Darth Maul (Sebenarnya topeng penggusti WWE, Kane). Setelah bekerjasama dengan pelukis graffiti KEO, mereka bertukar kepada topeng Gladiator.

Beliau sangat terinspirasi dengan penyair dan penulis novel, Charles Bukowski.

Beliau bekerjasama dengan Nike SB untuk sebuah model khas, Nike Dunk SB High MF Doom.

Merupakan kawan baik kepada Kanye West, dan pernah menampilkannya dalam versi remix lagu Gazzillion Ear.

Rekaan kulit album Madvillain (Duo MF DOOM dan Madlib), Madvillainy (2004) diinspirasi daripada rekaan kulit album debut Madonna (1983).

Kadangkala, MF DOOM menggunakan pelakon untuk mewakilinya dalam persembahan. Sewaktu festival Adult Swim 2019, rapper Flying Lotus mengumumkan bahawa MF DOOM akan menyertainya, sebaliknya figura bertopeng yang naik ke pentas didedahkan adalah pelawak Hannibal Buress.

Sumber rujukan:

  1. www.complex.com
  2. Wikipedia

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅