‘10:04’ – Ceritera Cinta George McFly dan Lorraine Baines

oleh Anome
629 views

10:04 merupakan sebuah trek yang diambil daripada album One Buck Short – Halal & Loving It. Ia merupakan album studio pertama daripada One Buck Short yang dilancarkan pada tahun 2008 mengandungi 12 trek dengan jangka masa selama 37 minit 18 saat.

Jika anda salah seorang kipas-susah-mati trilogi filem Back To The Future, anda mungkin akan jatuh cinta pada lagu ini. 10:04 mengisahkan tentang malam di mana Marty McFly kembali ke masa lepas, tetapi dari sudut pandang bapanya, George McFly.

Rangkap pertama dalam lagu menerangkan tentang filem Back To The Future buat rujukan para pendengar. Ini boleh difahami menerusi baris “… he goes back to the past trying to save his future by getting his parents to fall in love.” Tambahan, 10:04 itu sendiri merujuk kepada waktu petir menyambar menara jam Hill Valley yang membawa Marty kembali ke masa lepas.

Hal ini disokong dengan baris “The night of the enchantment under the sea” yang merujuk kepada nama majlis tarian yang dihadiri oleh ibu bapa Marty McFly.  Seperti yang diceritakan oleh Lorraine Baines, ibu kepada Marty pada permulaan filem, The Night of the Enchantment Under The Sea merupakan malam di mana George dan Lorraine bercumbu buat pertama kalinya.

Baris pertama korus, “Don’t wake me up earth angel” pula merujuk kepada lagu yang dimainkan pada malam tarian tersebut. Lagu di mana George dan Lorraine menari dan bercumbu yang membuatkan mereka berdua dilamun  cinta. Earth Angel merupakan lagu asal kumpulan doo-wop The Penguins yang telah digantikan oleh Marvin Berry And The Starlighters, kugiran fiksyen di dalam filem tersebut.

Baris “Marty starts playing Johnny B. Goode and the house is swinging” pula merujuk kepada babak persembahan solo Marty McFly yang memainkan lagu Johnny B. Goode di dalam filem. Fakta menarik tentang babak ini, ketika persembahan Marty, Marvin Berry menelefon sepupunya, Chuck dan memperdengarkan lagu tersebut melalui corong telefon. Sepupu kepada Marvin Berry, Chuck Berry merupakan penyanyi asal kepada lagu tersebut.

Johnny B. Goode merupakan salah satu lagu yang menjadi pencetus kepada demam Rock ‘N Roll. Johnny B. Goode juga telah disenaraikan di tempat ketiga ‘Senarai 500 Lagu Terbaik Sepanjang Zaman’ majalah Rolling Stone.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati