22Band Perkenalkan Diri Melalui Single ‘Hidup’

oleh Anome
397 bacaan

Kugiran pop alternatif yang berasal dari Lembah Klang, 22Band telah mengumumkan pelancaran single debut mereka, Hidup pada tanggal 24 June 2022  di saluran Youtube rasmi Luncai Emas dan beberapa platform penstriman lain dengan jangka masa selama 2 minit 51 saat.

22Band merupakan sebuah band projek namun disebabkan oleh keserasian di kalangan ahli, mereka secara rasmi memilih nama 22Band bagi membawakan muzik pop alternatif menuju ke tingkat yang lebih tinggi. Nama tersebut dipilih bagi memperingati wabak pandemik Covid-19 yang telah melanda negara.

Mewakili kugiran tersebut, Ijan (dram) berkata mereka menerima maklum balas dan komen yang positif sejak pelancaran debut single Hidup. Ijan menyimpulkan maklum balas positif yang diterima adalah disebabkan faktor susunan muzik mereka selari dengan aliran muzik pop arus perdana terkini.

Menurut 22Band, Hidup merupakan sebuah hasil kerjasama mereka bersama IMJS Entertainment, DMO Studio dan juga Luncai Emas. Lagu ini menceritakan tentang kehidupan harian masyarakat masa kini yang penuh kesukaran terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melanda negara.

Tahniah 22Band untuk pelancaran debut single anda, apakah harapan anda terhadap single Hidup yang telah dilancarkan?

“Kami berharap,dengan single Hidup ini, 22band dapat melebarkan sayap lebih tinggi lagi, dengan sokongan daripada semua.”

Boleh ceritakan perasaan anda semua dengan hadirnya debut single Hidup sebagai langkah pertama kalian di dalam industri?

“Sejujurnya kami  (Bun, Reen, Apis, Aqmal dan saya Ijan) tak pernah sangka rezeki untuk bertapak di dalam industri ini tercapai. Walaupun dalam keadaan yang berbeza pada beberapa tahun  tahun di sebab kan covid-19, tapi Alhamdullilah kami selaku satu band sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dalam semua aspek untuk menghasilkan karya-karya terbaik, dengan harapan orang ramai boleh terima hasil karya-karya kami, kehadiran kami. Amin.”

Dengarkan single Hidup di saluran Youtube rasmi Luncai Emas dan platform penstriman rasmi 22Band di Joox, Deezer, Spotify, iTunes dan Applemusic. Juga ikuti laman media rasmi Facebook, Twitter dan Instagram 22Band untuk informasi terkini daripada mereka.

Instagram

Facebook

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati