‘Adinda’ – Sebuah Kisah Cinta Khayalan Karya Bani Rae

oleh Music Addicts Malaysia
386 bacaan

Penulis/penyanyi Bani Rae telah mengumumkan single ketiga beliau dengan Judul Adinda pada tanggal 13 Jun 2022.  Turut menampilkan Ezah Ahmad, lagu ini dilancarkan di saluran Youtube rasmi Bani Rae dengan jangka masa selama 3 minit 16 saat.

Adinda ditulis dari perspektif dunia delusi seorang lelaki di mana dalam dunia itu, dia memiliki kehidupan sempurna bersama seorang gadis idamannya. Dunia tersebut dicipta sebagai jalan keluar dari desakan hatinya untuk merasa dicintai.

Trek pop-dance ini merupakan sebuah konversasi dua hala mengenai luahan perasaan cinta yang ditolak meskipun penuh dengan pengharapan.

Baris “Rembulan mengambang, menandakan kau, ku pu pun bertemu” adalah satu metafora bagi menggambarkan perasaan diri tatkala melihat kecantikan seseorang yang dicintai.  Baris ini dikontrakan dengan baris “Rembulan mengambang, namun rasaku taiada berkembang” yang menerangkan bahawa perasaan yang wujud itu tidak berkekalan seperti mana kita melihat sang rembulan di kala malam menjelma.

Trek ini ditransitkan kepada lebih bunyian tradisional di bahagian bridge untuk mengetengahkan elemen dikir barat dan zapin. Ia juga merupakan rujukan tidak langsung terhadap bagaimana isu perhubungan ini telah wujud sejak sekian lamanya. Meskipun trek ini menghiburkan dengan vibe yang agak catchy, ia adalah untuk mengingatkan kita bahawa cinta itu akan hadir bersama derita.

Proses kreatif di sebalik trek ini diinspirasikan oleh koleksi filem kisah cinta terbitan Merdeka Film Productions. Salah satunya adalah filem Cinta Dan Lagu (1967), sebuah filem Dato’ Haji Jamil Sulong.

Antara inspirasi utama penciptaan Adinda daripada lagu-lagu tradisional seperti Gambus Jodoh nukilan Tan Sri P. Ramlee, Nirmala oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Tinting oleh Nuraniza Idris. Di sebalik pelancaran single ini, Bani Rae menjangkakan pelancaran debut EP beliau pada penghujung tahun ini.

Dengarkan Adinda di platform penstriman Youtube rasmi Bani Rae dan ikuti laman media sosial beliau di Facebook dan Instagram untuk kemaskini mengenai debut EP beliau yang bakal muncul tidak lama lagi.

Instagram

Facebook

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati