Nawi Zhariff (Dewataraya) Berkolaborasi Dengan Elly Yusni (Langkasuka) dan Alvin Seah (Angqasa) Hasilkan ‘Andai Aku’

oleh Anome
353 bacaan

Tanggal 1 Julai 2022, Nawi Zharif (vokalis Dewataraya) telah meluncurkan sebuah trek kolaborasi bersama Elly Yusni dari Langkasuka dan Alvin Seah (Angqasa) dalam projek solo beliau berjudul Andai Aku yang telah dilancarkan di platform Spotify Nawi Zharif dengan jangka masa selama 3 minit 24 saat.

Menurut Nawi, Andai Aku telah dirakam sejak tahun 2021 bersama dua single yang telah dilancarkan sebelum ini iaitu Dalam Gerimis Kita Keliling Kota dan Cahaya, namun disebabkan oleh faktor kewangan dan masa, Andai Aku terpaksa ditunda pelancarannya ke tahun 2022.

Nawi juga menyatakan, berbanding trek-trek sebelumnya, trek kali ini merupakan sebuah lagu balada yang perlahan dengan iringan orkestra dan ambien gitar. Walaupun kedengaran seperti lagu cinta, Andai Aku bertemakan harapan yang kita letakkan kepada seseorang atau sesuatu yang kita percaya dengan nyawa kita sendiri.  Contohnya, seorang bapa meletakkan harapan terhadap anaknya atau seorang hamba meletakkan pengharapan terhadap tuhan yang disembahnya.

Pemilihan Elly Yusni untuk kolaborasi pada kali ini adalah kerana Elly Yusni sendiri merupakan seorang yang dihormati oleh beliau. Jika dilihat kembali persembahan Langkasuka dengan lagu Sang Biru merka di Anugerah Lagu Indie 2021, tiada sesiapa yang boleh menyangkal bahawa vokal beliau adalah yang terbaik sepanjang pertandingan tersebut.

Pemilihan Alvin Seah pula memang kita semua sudah sedia maklum akan bakat beliau dalam menyuntik emosi menerusi permainan ambien gitarnya. Atas faktor ini, Andai Aku menjadi sebuah lagu yang sarat dengan emosi.

Dengarkan Andai Aku di platform penstriman Spotify rasmi Nawi Zharif serta ikuti laman media sosial rasmi beliau untuk kemaskini aktiviti dan karya terbarunya.

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati