7 Album Yang Mereka “Menyesal” Merakamkannya

oleh Azam Gilmour
980 bacaan

Proses membuat album adalah satu usaha yang sangat jarang peminat fikirkan. Sesuatu perkara yang boleh jadi “kesilapan besar,” tambahan dengan kontrak “wajib siapkan album dalam masa-masa tertentu.”

Jom kita lihat tujuh album yang tidak “berjaya” sama sekali dan secara terbuka mereka menyesal melakukannya.

REM – Around the Sun

Album ke-13 kugiran ini dan yang pertama tidak menjadi hit. Tiada siapa yang gembira dengan bagaimana ia rilis. Pengkritik memberi ulasan bercampur-aduk dengan skor rata-rata di antara 50-60, peminat kurang teruja dengan mana-mana album terdahulu dan bahkan anggota band sendiri kecewa dengan apa yang mereka keluarkan.

Peter Buck berkata dalam temubual selepas Around the Sun dirilis pada 2008 (di mana Album Accelerate lebih baik dari album ini):

“Around the Sun tidak dapat dinikmati kerana lagu-lagunya seperti apa yang terkandung di dalam album itu, umpama seorang yang begitu bosan dengan bahan yang mereka sendiri bosan.”

The Beach Boys – The M.I.U. Album

Hampir semua perkara (merakam album, persembahan live), The Beach Boys jarang berjalan lancar. Antaranya masalah kesihatan mental Brian Wilson, ego masing-masing dalam band, dan termasuk masalah beberapa sesi rakaman. Pada 1978, album M.I.U. meninggalkan kesan tidak baik kepada mereka. Brian Wilson tak ingat rakaman itu kerana masalah mental pada ketika itu, Mike Love mengatakan album itu terlalu demokratik manakala Dennis, adik Brian Wilson mempunyai pendapat yang lebih kukuh dengan menyatakan:

“Saya berharap bahawa karma akan merosakkan meditasi Mike Love selama-lamanya, sebab album itu memalukan dalam hidup saya. Ia harus hancur sendiri (self-destruct).”

Oasis – Be Here Now

Bakat adik-beradik Gallagher sangat mengagumkan sehingga dapat menghasilkan album walaupun tanpa penyalahgunaan dadah yang teruk. Begitu juga dengan usaha ketiga mereka, “Be Here Now”. Menjelang 1997, Oasis adalah kumpulan terbesar di England, tetapi ketegangan dalam kumpulan itu memusnahkan mereka dari dalam. Dengan dua rekod sebelumnya menjadi kejayaan yang besar, banyak jangkaan diletakkan pada yang ketiga. Tetapi pada hakikatnya, semuanya terlalu melampau untuk kumpulan itu.

Noel teringat dalam salah satu temu bual beliau:

“Kita sepatutnya tidak membuat album itu… Daripada menjadi ‘Kita seharusnya berasingan untuk satu atau dua tahun…’ tetapi kami memutuskan kembali ke studio untuk merakam album ini.”

Weezer – Pinkerton

Apabila sampai masa untuk menulis album kedua, Rivers Cuomo pergi lebih “mendalam” dengan pendekatannya. Walaupun Blue Album kadang-kadang bertemakan metafora dan tidak “direct,” tetapi Pinkerton agak berbeza. Dengan semua lagu yang mencerminkan keperitan dan perasaan peribadi Cuomo (kedua-dua metafora dan literal ketika dia sedang menjalani prosedur yang kompleks di kakinya), album itu terlalu banyak luka terbuka baginya.

Seperti kata Cuomo:

“99% daripada apa yang saya tulis dalam Pinkerton adalah apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup saya…”

Beliau juga menyatakan dalam temubual pada 2001:

“Perkara paling menyakitkan dalam hidup saya hari ini adalah pengaruh dari Pinkerton. Ia album yang sakit, sakit yang berpanjangan. Ia membuatkan kami bimbang sebab semua peminat yang kami ada sekarang telah tersangkut disebabkan album itu. Tetapi, secara jujurnya, saya tak mahu memainkan lagu-lagu itu lagi; Dan saya tak mahu mendengarnya lagi.”

Korn – Take A Look In The Mirror

Menjelang tahun 2003, Korn berada dalam kekacauan. Masalah dadah, perceraian, keibubapaan – semua yang membawa kepada kekecewaan (kepada band) ke dalam Take A Look In the Mirror. Dalam satu temu bual dengan Scuzz TV, Korn teringat pengalaman rakaman menjadi sangat tidak menyenangkan dan hasilnya kurang bersemangat. Ini adalah rekod yang membawa kepada Brian ‘Head’ Welch meninggalkan band, dan David mula hilang kepercayaan pada masa depan band. Lagu-lagu terkuat seperti Did My Time sebenarnya ditulis dalam sesi Untouchables. Munky teringat bahawa mereka tidak dapat berkumpul dalam bilik yang sama untuk menulis.

Brian ‘Head’ Welch mengatakan, “Album terburuk yang pernah kami lakukan.”

The Clash – Cut The Crap

Mempunyai album yang teruk dalam katalog adalah buruk, tetapi yang lebih menyedihkan apabila ianya adalah album terakhir. Terutamanya apabila anda adalah kumpulan yang penting dalam sesuatu budaya seperti The Clash. Dengan perubahan anggota yang besar, pergaduhan dalam band dan tragedi dalam keluarga, Joe Strummer bukan berada di tempat terbaik untuk menulis muzik yang hebat. Sebahagian besar rilisan album ini diambil alih oleh Bernie Rhodes dan hasilnya seperti “mengerikan” kepada semua orang: peminat, pengkritik atau pemuzik yang terlibat dalam pembikinan album itu.

The Who – It’s Hard

It’s Hard mengikuti masalah yang bertindih-tindih dalam karier The Who di mana masalah alkohol Pete Townshend menjadi salah satu yang menyebabkan pergaduhan sebenar di antara mereka. Jadi, boleh dikatakan bahawa mereka tidak berada pada fasa terbaik pada waktu rakaman It’s Hard. Walaupun Townshend masuk pusat pemulihan, ia tidak banyak membantu sehingga hasil akhir.

Sementara tiga ahli lain tidak mengulas banyak tentang album, Daltrey berkata dalam satu temu bual:

“It’s Hard ‘tidak sepatutnya dikeluarkan. Saya mempunyai sebahagian besar dengan Pete. Saya berkata, ‘Pete, ini hanya sampah dan ia tidak patut dirilis!'”

Bonus: Metallica – St. Anger

Tanpa album St. Anger dari senarai ini akan menjadi pelik pula walaupun ia tidak sesuai dengan tajuknya. Walaupun frasa ‘album yang mengecewakan’ sinonim dengan St. Anger, mereka sendiri tidak memnuat permohoman maaf, malah mengakui bagaimanapun ia bukan percubaan yang sangat berjaya. Kini waktu telah berlalu dan kekecewaan pendengar/peminat sudah surut, lagu-lagu dari album ini menjadi lagu tambahan yang di mana-mana live set.

Adakah anda tahu album lain yang mengecewakan anda atau pencipta lagu/album itu sendiri? Adakah anda berkongsi kekecewaan itu kepada yang lain? Kongsi dengan kami dalam ruangan komen dibawah!

#AzamGilmour

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅