Asal Usul lagu CREEP dari Radiohead

oleh Music Addicts Malaysia
1.6K bacaan

Peminat muzik alternatif 90an sudah tentu tahu pasal lagu CREEP ni. Tetapi, tahukah anda sebenarnya Radiohead telah plagiat susunan muziknya dari kumpulan The Hollies?

Tajuk lagu tersebut adalah The Air That I Breathe yang telah dicipta oleh Albert Hammond dan Mike Hazlewood dari kumpulan The Hollies pada tahun 1972.

Walaubagaimana pun, nama penulis asal lagu Creep telah dikreditkan dan didaftar oleh Radiohead tanpa pengetahuan peminat. Oleh kerana mereka jujur dengan penulis asal, maka ahli kumpulan The Hollies tidak menuntut sebarang royalti dari Radiohead.

Sebaliknya, mereka telah diberikan sedikit saguhati sebagai penghargaan kepada penulis asal dari kumpulan Radiohead.

Bagaimana ia bermula? Ini semua salah gitaris Ed O’Brien yang mengambil tempo musik lagu dari kumpulan asal tersebut.

Trivia: pada tahun 2017, penyanyi pop Lana Del Rey juga telah dituduh plagiat lagu creep di dalam lagu terbaru beliau yang dicipta pada tahun 2017 bertajuk “GET FREE.” Walaupun Lana Del Rey menafikannya, Radiohead tetap meneruskan saman dan menuntut 100% hakcipta daripada penyanyi tersebut.

Pelik kan? Kau tiru orang tak apa, orang tiru kau tak boleh.

#aZroy

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅