Penulis percaya, setiap zaman kita memerlukan muka baharu untuk mewakili setiap generasi yang mendatang. Dan untuk dekad 2020an ini, sudah tentulah kita dahagakan muka baharu untuk menjadi wajah utama scene muzik tempatan. Bagi penulis sendiri, penulis tidak mengehadkan band-band kita hanya berada di takuk underground semata-mata. Kalau boleh, biar mereka ini menjadi wajah untuk muzik rock secara umumnya di Malaysia untuk sepanjang dekad baharu ini. Demi kemajuan industri muzik kita juga.
Di sini penulis lampirkan 6 buah band pilihan penulis yang memiliki kriteria-kriteria untuk mewakili wajah keseluruhan scene.
– Muzik yang menarik dan ‘sedap’
– Band yang memiliki nilai komersial
– Attitude yang rock dan cool
– Penyanyi dan pemuzik yang boleh menyanyi dan bermain muzik dengan baik
Tanpa cuba merendahkan sesiapa, secara peribadi, penulis kalau boleh tidak mahu yang berada di barisan hadapan adalah mereka yang bernasib baik kerana disukai fans, tetapi hakikatnya tidak memiliki bakat/ potensi yang sepatutnya.
1. NO GOOD
Dalam semua band yang disenaraikan, rasanya No Good yang paling mendapat perhatian. Dan penulis setuju jika mereka menjadi the face of local scene. Mereka sebuah band yang cool dan steady. Paling penting mereka tidak meninggalkan influence rock itu sendiri di kala scene independent kita dibanjiri oleh band-band pop. Mereka membawakan gaya klasik punk rock dengan loghat Kelantan yang membuatkan lagu-lagu mereka mudah mendapat perhatian. No Good is favourite new band untuk era baharu ini.
No Good – Che Using
2. TROPHY KNIVES
Punk rock moden sebegini mampu membangkitkan kembali citarasa fans kepada lagu-lagu laju dan energetik. Terutama dari album baharu mereka, Glass Ceiling. Trophy Knives bukan nama yang boleh dipandang sebelah mata kerana mereka memiliki kualiti muzik tahap antarabangsa. Sayanglah kalau di luar mereka dihargai tetapi di Malaysia orang tidak kenal. Mereka membuktikan punk rock never die in Malaysia.
Trophy Knives – Burn
3. SWEETASS
Jika korang masih rindu dan terkenangkan muzik rock 90-an, tidak ada band hari ini yang lebih baik bawaannya selain dari Sweetass. Bunyian noise rock yang kental dengan klasik gitar gaya grunge menjadikan mereka sebagai pembangkit nostalgia. Kalaulah populariti mereka di tingkat atas, memang nampak trend rock di Malaysia rabak dan cool gila.
Sweetass – Celaka
4. SERVANTS
Setiap kali mendengar lagu-lagu band ini, pasti menimbulkan rasa teruja kepada penulis dan peminat muzik emo rock dan post hardcore. EP mereka Holding On While Letting Go memang cukup perisa emo rock dari zaman The Used sampai ke zaman A Skylit Drive. Tidak pastilah peminat muzik ini ramai atau tidak di Malaysia, tetapi jika Servants mampu naik lebih tinggi, tentu nampak muzik kita lebih moden dan terkehadapan.
Servants – I Wish It Was Only You
5. MARGASATWA
Lagu “Ego” dan “Asmara Botol Kaca” cukup digemari oleh peminat. Bayangkanlah kalau mereka berada di arus perdana? Bagaimana atmosfera yang akan mereka hasilkan di dalam industri muzik kita? Dengan keunikan nusantara rock vibe yang band ini bawakan, ia akan menjadikan kita boleh berbangga apabila artis yang sebenar artis akhirnya dikenali orang ramai. Margasatwa adalah artis, yang mengerah kreativiti sehingga peminat boleh terpaku dengan keasyikan yang didendangkan.
Margasatwa – Asmara Botol Kaca
6. HACKTICK!
Band pop punk yang paling menyerlah hari ini. Album mereka Dog Day’s Diary’s: A Self Help Book pada tahun 2018 adalah produk yang cemerlang. Mereka juga memiliki frontman yang sangat baik bernama Hyke. Selain memiliki vokal yang sesuai dengan muzik, Hyke juga bijak mencuri tumpuan bila berada di atas pentas. Apakah Hacktick! masih tidak cukup layak untuk diketengahkan? Tak salah jika kita mencuba nafas baru, kan?
Hacktick – Jangan Risau
7. FACULTY OF JOY
Kalau tak boleh move on dengan Bittersweet, barangkali kita boleh mencuba Faculty Of Joy pula. Dari segi muzik yang dipersembahkan, barangkali tidak ada pembaharuan sangat. Tapi jika mahukan produk yang penuh dengan spirit rock n roll, Faculty Of Joy menawarkannya dengan bergaya. Hampir semua lagu-lagu mereka jenis yang easy listening, tak ada masalah sangat rasanya kalau fans mahu mencuba band ini.
Faculty Of Joy – Overdrive
8. OPERAHAUS
Metalcore memang susah nak mati, ada saja band baru yang bangkit mempertahankan genre ini. Operahaus antara band yang memiliki struktur yang kukuh untuk menjadi big rockstar dalam scene kita. Jika band heavy seperti Massacre Conspiracy dan I Revival pernah menjadi biggest name dalam scene ini, apa yang memustahilkan Operahaus untuk mengulanginya?
Operahaus – Breakdown Tak Sudah
9. MODESCAPE
Nafas baharu dalam muzik modern rock bagi kategori heavy alternative sebenarnya semakin asing bagi scene kita. Modescape membawakannya dengan baik, muzik mereka berada di pertengahan antara heavy dan soft rock. Jika muzik mereka dapat mengecap populariti yang selayaknya, barangkali industri muzik kita akan kembali energetik dengan muzik-muzik band seperti era 2000an dahulu.
Modescape – Bebas
10. PASCA SINI
Antara band baharu yang berbakat besar dengan muzik pop punk mereka dalam scene kita. Pasca Sini memberikan nafas segar dengan harapan agar scene kita terus meriah dengan muzik-muzik rock yang ceria dan happening. Dari sudut populariti, band mereka memang kurang diberi perhatian, tetapi kita mengharapkan band ini tidak berputus asa kerana mereka boleh menjadi the next Bunkface kalau diberi peluang. Mereka baru sahaja mengeluarkan album pertama berjudul Emo Department.
Pasca Sini – Overthinking