Adhipati Perkenal Genre Torch Fusion Melalui Album Pertama

oleh Rahmat Mohd Did
1.6K bacaan

Kumpulan yang berasal dari Klang, Selangor ini baru sahaja ditubuhkan pada bulan Mac 2019 namun tidak menunggu lama untuk mengeluarkan buah tangan sulung mereka. Album Menembus Mimpi yang mengandungi lapan buah lagu dilancarkan pada 16 November 2020 membuktikan bahawa Adhipati adalah sebuah kugiran yang serius.

Previu album Menembus Mimpi:

Dianggotai oleh Khalid Mohamad (Vokalis/ Pemain bass), Tuan Farkhan (Pemain Biola), Casper Ng (Pemain piano/ keyboard), Jerry Lim (Pemain dram) dan Alif Zahir (Pemain gitar), Adhipati cenderung memperjuangkan genre torch fusion, pop dan jazz klasik. Menariknya, album ini mendapat kerjasama daripada Dream On Studio (Malaysia) untuk rakaman audio manakala proses adunan dan mastering dilakukan di Abbey Road Studio (United Kingdom). Kualiti hasil akhirnya memang boleh dibanggakan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu genre torch fusion? Macam tak pernah dengar, kan? Ha, kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah dengar lagu-lagu Adhipati dan beli album mereka. Apa yang boleh penulis katakan, lagu-lagu mereka ni atmosfera dan susunannya berbaur nostalgia seperti mendengar karya-karya klasik di dekad 50an.

Hubungi mereka di:

Instagram
Twitter
YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅