Hildur Guðnadóttir : Penggesek Cello ‘Berhantu’ Dalam Filem Joker (2019)

oleh Chiv Iscandar
1.9K bacaan

Tahukah anda, tulang belakang OST dan muzik latar filem Joker (2019) yang mengandungi gesekan cello berhantu ialah hasil tangan komposer-instrumentalis wanita dari Iceland, Hildur Gudnadóttir.

Iceland sendiri adalah tempat kelahiran artis-instrumentalis seperti Bjork dan Sigur Rus.

Berusia 38 tahun, Hildur asalnya ialah pemain cello terlatih dan juga telah menghasilkan beberapa OST untuk mini siri seperti Chernobyl (HBO), Mary Magdalene dan Sicario: Day of the Soldado.

Dalam Joker, instrumen cello menjadi nadi bunyian filem. Lagu tema yang dramatik, menusuk perasaan dalam setiap scene seperti Bathroom Dance, Meeting Bruce Wayne dan Escape from The Train memang betul-betul mencengkam emosi, seolah-olah kita sendiri yang hanyut menjadi Joker.

Kira beliau hampir pasti bakal mencapai status macam komposer OST Hans Zimmer (The Dark Knight, Inception, Pirates of the Carribean etc).

Rupanya memang sedap dan ‘berhantu’ betul kalau cello dihayun secara solo dan mengalun melodi. Ye lah, penulis dulu pertama kali dengar cello pun dalam Nirvana Unplugged (The Man Who Sold the World).

Kepada yang merancang mengulang tonton filem Joker, jangan lupa hayati keunikan cello hasil karya Hildur ini.

Pencapaian:

  1. Academy Awards (OSCAR) 2020 – Best Original Score (Joker): Pemenang
  2. British Academy Film Awards 2020 – Best Film Music (Joker): Pemenang
  3. British Academy Television Awards 2020 – Best Original Music (Chernobyl): Pemenang
  4. Golden Globe Awards 2020 – Best Original Score – Motion Picture (Joker): Pemenang
  5. Grammy Awards 2020 – Best Score Soundtrack for Visual Media (Chernobyl): Pemenang

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅