AJL 35 Tempang Tanpa ‘Sakit’, ‘Sembah’ – Netizen Kata Hambar

oleh Chiv Iscandar
2K bacaan

Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 telah melabuhkan tirai semalam 14hb Mac 2021 dalam suasana ala virtual tanpa penonton. Berikut keputusan AJL 35:

Juara: ‘Gila’ (Kaka Azraff, Loki B & Noki) – Noki, Loki B & Ezra Kong

Ke-2 : ‘Semalam’ (Aina Abdul) – Aina Abdul

Ke-3 : ‘Belenggu Rindu’ (Jamal Abdillah & Wany Hasrita) – Hael Husaini & Ezra Kong

Namun, ternyata AJL35 kali ini jelas tempang dan hambar tanpa beberapa lagu ‘heavyweight‘ yang kecundang ketika pusingan separuh akhir. Paling ketara, ketiadaan lagu emo-rap ‘Sakit’ oleh Zynakal yang disebut-sebut sebagai calon lagu terbaik 2020. Selain itu, ketiadaan ‘Sembah’ oleh Naim Daniel juga menambah kontreversi.

Ramai yang agak ‘gila’ juga melihat keputusan final dan mengenangkan nasib AJL pada tahun ini. Adakah ia terus relevan sebagai mengangkat status dan darjat industri muzik tanahair? Sukar dijelaskan kerana memasuki era digital 2021, ada juga yang berasa canggung lagu-lagu cengeng seperti Hutang (Floor 88) masih mendominasi. Adakah generasi kini mendengar dan menghayati lagu tersebut? Rasanya tidak.

Antara koleksi komen-komen netizen yang mulut ‘tak ada insuran’:

AJL paling Megecewakan tahun ni. Bukan sebab tak ada penonton, sebab tahun ni peserta semua pemalas, persembahan mediocre dan yg dpt title juara lirik lagu paling mengarut, tak ada makna dan penyanyi ke laut.

Next year jgn Azmeer yach … ambik muka2 baru ok.

bosan … aku pergi siram pokok :((

all malay song loserrr!!! cam taeekkkkk!!! lagu melayu sume cam kambing cirit puuiii!!! sedap dengar surah yasin kat youtube…wooii artis melayu sume g maaaaammmm×%÷%÷$#

par untuk AJL zaman sekarang dan seperti majlis kahwin punya karoke.. nama juri nampak macam ‘besar’ tapi……– Peminat Man Kidal

Terdapat juga cakap-cakap wujudnya elemen yang meragukan. Banyak juga para netizen memperkatakan praktis ‘kroni’. Sebagai contoh, siapakah Ezra Kong? Apakah hubungkait tertentu dengan ketua juri Azmeer dan Hael Husaini, apatah lagi kedua-duanya bergandingan bagi lagu Jamal Abdillah & Wany Hasrita (‘Belenggu Rindu’).

Nabila Razali pula menjadi bahan kecaman orang ramai kerana ‘terkucil’ pada bahagian korus semasa persembahan lagu beliau ‘Peluang Kedua’. Namun, ia mungkin kurang adil untuk menghukum Nabila kerana ia terjadi disebabkan kurang persediaan atau masalah kesihatan, bukannya Nabila tidak boleh menyanyi. Harap Nabila bertabah.

Telahan ramai bahawa aksi-aksi yang mesra-independen seperti ‘7 Nasihat’ (rap nusantara) dan Azlan & Typewriter akan mendominasi posisi teratas juga tersasar. Kedua-duanya tidak merangkul sebarang anugerah.

Rata-rata, ramai menyatakan AJL ini adalah yang paling hambar pernah terjadi dalam sejarah. Ia seolah-olah melihat pesta buih tetapi DJ ‘spin‘ lagu Michael Learn To Rock. Walau bagaimanapun, ia memberi ruang kepada semua untuk memperbaiki elemen-elemen yang boleh menyumbang kepada standard pengkaryaan muzik negara. Antara yang penting, pemerkasaan penyertaan daripada aksi-aksi independen dan arena hiburan online (di luar radar radio arus perdana) yang lebih mewajahkan masa depan generasi yang sebenar.

Zynakal sudah boleh tersenyum kerana ketiadaannya benar-benar dirasai dan menjejaskan program, menandakan status beliau yang sebenar.

Dan rakyat telah bersuara….

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅