Album Punk Yang Mengubah Lanskap Muzik Dunia

oleh Chiv Iscandar
1.9K bacaan

43 tahun lepas, satu karya terpenting dunia telah dirilis iaitu album Nevermind The Bollocks (NTB) oleh kumpulan Sex Pistols.

Album sulung Sex Pistols ini mencetuskan kemaraan genre punk iaitu ciri-ciri 3-kord (3-chords) dan lirik-lirik anti sosial.

Sebelum kelahiran punk, muzik-muzik sebelumnya digelar Old Fart (kentut lapuk).

Dengan kemunculan album ini, ia merintis kelahiran satu genre yang menjadi rujukan muzik moden kini iaitu, Punk Rock.

Album ini menggunakan taktik Shock Value yang menggemparkan orang ramai termasuklah institusi diraja Britain ketika itu.

Dua lagu daripada album ini iaitu, Anarchy In The UK dan God Saves The Queen meledakkan Sex Pistols dalam arena muzik kerana mengandungi kritikan dan ejekan terhadap sistem politik dan masyarakat konservatif British.

Selepas album NTB ini, beribu-ribu band punk muncul seperti cendawan tumbuh lepas hujan di serata dunia dan genre ini berkembang, berevolusi dan terus membuat ancaman hinggalah ke hari ini.

Trivia: Nirvana juga mengambil tajuk album Nevermind (1991) sempena album Sex Pistol ini kerana inspirasi pencapaian hebat Johnny Rotten dan rakan-rakan Pistols-nya. Dengan erti kata lain, Tiada Sex Pistols, tiadalah Nirvana.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅