‘Mekar’ Yang Melankolik Dari Rotan Chippers

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.7K bacaan

Tahun 2020 semakin tiba di penghujungnya. Sepatutnya Malaysia sudah melancarkan acara besar pada waktu ini namun apakan daya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih diteruskan. Bagaimanapun, kekangan tersebut tidak mematahkan usaha band tempatan untuk melancarkan material khususnya buat Rotan Chippers, sebuah band yang berpaksikan funk rock dari Petaling Jaya. Mereka telah melancarkan single yang bertajuk Mekar pada 25 Disember 2020 di bawah naungan Hazardgeek Records di semua platform strim digital.

Single ini merupakan buah tangan ketiga Rotan Chippers dan mereka juga telah kembali bersama ahli yang baru dan tampak lebih segar. Tidak seperti single sebelumnya, Mekar membawa nada yang lebih melankolis dan berkembang menjadi crescendo, memuncak dalam klimaks ketika ia hampir berakhir, sambil membawa pesan penebusan peribadi yang kuat. Menurut mereka juga, buat masa ini mereka sedang bekerja keras untuk menghasilkan album yang akan diriliskan pada tahun 2021.

Sedikit bedah siasat, lagu ini tidak terlalu kritikal dari sudut lirik dan mengingatkan penulis kepada band Red Hot Chilli Peppers. Susunan lagu yang baik dan segala bunyian instrumen digarap dengan sempurna. Pada pendapat penulis, lagu ini seharusnya dikeluarkan ‘V-Tec’ di bahagian tengah kerana tampak lebih kemas dan lebih agresif. Mungkin mereka ada perancangan tersendiri di lagu yang seterusnya tapi tidak mengapa, single ini sudah mencapai tahap kepuasan penulis.

Segala proses rakaman mereka lakukan di rumah dan menjadikan Anwar Husaini dari Hazardgeek Records sebagai produser mereka, seorang produser muda yang kerap kali penulis dengar namanya. Dari sudut kualiti, jangan ditanya kerana kualiti lagu yang beliau “masak” telah mencapai tahap yang baik dan percayalah, Hazardgeek Records mampu berdiri setaraf dengan label rakaman bebas yang lain.

Secara keseluruhannya, single ini disampaikan dengan baik dan penulis berpuas hati dengan single ini. Tahniah buat Rotan Chippers. Semoga kalian akan terus ‘mekar’ dalam industri muzik tanah air dan teruskan dalam pembuatan lagu yang berkualiti di masa hadapan.

Ikuti Rotan Chippers di:

Facebook

Instagram

Twitter

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅