Alir Cahaya Bawa Gabungan Cahaya & Muzik ke Batu Pahat

oleh Chiv Iscandar
1.8K bacaan

Program Alir Cahaya, satu acara konsep cahaya dan muzik akan berlangsung malam ini 8hb Januari 2021 di Terminal Bas Batu Pahat, Johor.

Program di bawah sokongan Cendana, ThinkCity, NGO Karyasama dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) ini adalah bertujuan sebagai aspresiasi terhadap kebudayan, warisan dan khazanah tempatan.

Alir Cahaya juga merupakan inisiatif pemuliharaan dalam melestarikan khazanah bangunan-bangunan lama berhampiran yang terdapat di situ. Difahamkan, warisan bangunan-bangunan lama yang terdapat di situ adalah kawasan khazanah terbesar di negeri Johor.

Ia akan menampilkan pelbagai hiasan-hiasan cahaya bernaratifkan alam semulajadi dan warisan. Berlangsung sehingga Mac ini, anda boleh mengikuti pelbagai program sepanjang Alir Cahaya ini.

Bagi persembahan muzik, artis-artis adalah seperti kumpulan HipHop 7Sdra, Manja Buskers, Orkes Keroncong Bandar Penggaram dan band majlis, The Townboard.

Untuk makluman lanjut, boleh lawati FB:

Alir Cahaya

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅