Setelah lebih setahun merehatkan diri atas faktor pandemik yang melanda, duo pop-alternatif/ neo-soul The Lounette kembali memulakan tahun 2022 dengan pelancaran video muzik (MV) single terbaru mereka, Cherry Wine. MV tersebut telah dilancarkan pada tanggal 6 Januari 2022 di saluran Youtube mereka dengan jangka masa selama 4 minit 35 saat.
Cherry Wine merupakan sebuah trek yang diambil daripada debut EP mereka, These Nights yang telah dilancarkan pada 4 April 2020, mengandungi 3 trek dan jangka masa 14 minit 23 saat.
Disebabkan masalah teknikal yang melanda pada hari pelancaran, MV Cherry Wine terpaksa diturunkan dari platform Youtube The Lounette. Mereka mengumumkan ia akan dimuatnaik semula dalam waktu terdekat.
Mengekalkan konsep EP sebelumnya, The Lounette membawakan nuansa romantik dengan mesej-mesej yang jelas terhadap pasangan. Cherry Wine mengisahkan janji seorang lelaki bahawa dia tidak akan pergi dan akan selalu memikirkan tentang pasangannya. Jika diringkaskan dalam konsep pemahaman penulis, Cherry Wine merupakan sebuah ceritera tentang sebuah pasangan sehati sejiwa yang disimbolikkan dengan segelas wain ceri.
Frasa “so listen up your mind, and pour a glass of my cherry wine, I’ll think of you” pula memberikan maksudkan kebahagiaan dan kebersamaan. Secara harfiahnya, wain diminum bersama teman sambil bercerita kisah hidup masing-masing atau meraikan sesuatu.
Tonton MV Cherry Wine di saluran YouTube The Lounette. Single tersebut juga boleh didengarkan di laman Apple Music, Spotify, Youtube Music, Tidal, dan Joox. Ikuti laman media rasmi The Lounette di Twitter dan Instagram untuk perkembangan terkini muzik mereka.