Setelah memperkenalkan diri dengan single Blind pada dua tahun lepas, Mystical Mirage akhirnya kembali dengan single terbaharu berjudul New World yang hadir sekali bersama lirik video di YouTube dan Spotify pada 7 Januari 2022.
Mystical Mirage sebenarnya telah berada dalam kancah muzik Malaysia hampir 10 tahun dan pada asalnya band ini dianggotai oleh Ken (vokalis) dan Jimmy (gitaris). Band ini ditubuhkan atas dasar projek tepi untuk sebuah pertandingan ketika di universiti. Selepas graduasi, Aaron (gitaris), Daniel (Bass) dan Jared (Dram) telah menyertai Mystical Mirage sebagai ahli tetap dan takdir menentukan bahawa mereka serasi bersama sejak daripada itu. Istimewanya mereka ini sangat dikenali dalam beberapa acara yang melibatkan Anime, Comics and Games (ACG) serta turut berpeluang menjadi band pembuka untuk artis-artis antarabangsa seperti HaKu, Fhana, Mindaryn, dan Earthbound Papas. Bukan itu sahaja, mereka juga pernah melancarkan beberapa lagu rendisi dan salah satunya ialah Nandemonaiya yang dipetik daripada filem Your Name dan telah mendapat lebih 300,000 putaran di Spotify.
Menurut Ken selaku vokalis, New World mengisahkan tentang kita sebagai manusia harus melupakan perkara yang lalu dan pandang ke hadapan walau apapun yang terjadi agar lebih terjaga mental dan fizikal. Ia merupakan lagu pertama di mana mereka dapat melihat arah tuju yang sepatutnya iaitu ke arah Post Rock, Ambience dan Alternative Rock dan selepas sekian lama mencari identiti dengan merakamkan beberapa rendisi di Youtube, mereka sangat gembira dengan hasil yang dikeluarkan.
“Ini adalah lagu pertama yang kami tulis di mana kami dapat melihat hala tuju kami sebagai sebuah band dan kami sangat menyukai apa yang kami dengar. Disebabkan itu, kami ingin menulis tentang lebih banyak perkara dan melihat ke mana ia membawa kami dan berharap pendengar merasakan perkara yang sama dan terus memberi sokongan . And yes, we have more songs coming and this is just the beginning.”
Untuk single ini, penulis berpendapat bahawa Mystical Mirage tahu apa yang mereka inginkan dalam susunan lagu. Kesemua ahli kumpulan telah melakukan tugas yang baik dari proses pra-produksi hingga ke adunan dan mastering serta penulis meletakkan New World dalam kategori muzik catchy, easy listening dan ringan. Penulis juga terkesima dengan permainan guitar yang ditonjolkan terutamanya di awal lagu dan sempat membayangkan diri ini berada di awangan. Selain itu, pengisian vokal juga bagus dan tidak membosankan sepanjang lagu ini dimainkan.
Cuma penulis tertanya mengapakah mereka ini tidak dikenali di serata Malaysia dan ini merupakan jawapan dari mereka:
“Mungkin kami tidak banyak mengambil bahagian dalam gig dan acara dalam persada muzik Malaysia jadi kebanyakan orang bukan dari scene ACG masih tidak tahu tentang kewujudan kami tetapi tidak mengapa. Now we would like to take it even further and hopefully everyone would be ready for us.”
Ken juga memberitahu bahawa mereka dalam perancangan untuk menghasilkan album pertama dan mengharapkan kesemuanya berjalan lancar di masa hadapan. Konklusinya, single ini merupakan taruhan pertama Mystical Mirage untuk melangkah lebih jauh dan seterusnya memeriahkan industri muzik tanah air dengan jenama muzik mereka.
Buat masa ini, kami sedang menulis lebih banyak lagu dan secara peribadi kami suka apa yang kami lakukan. Dengan single ini, kami mengharapkan satu semangat baru untuk menulis lebih banyak material dan long story short: Complete our songs, Release it, Go for Music Video and Live shows.
Tahniah buat Mystical Mirage atas pelancaran New World. Teruskan perjuangan dan penulis mendoakan kesejahteraan kalian agar menjadi sebuah band yang disegani di Malaysia. Adios!!
Ikuti perkembangan Mystical Mirage di: