Sebenarnya jika dilihat semula, lagu ini telahpun diterbitkan pada hujung 2020 melalui platform YouTube. Versi pertama yang diterbitkan itu pernah juga ke udara di stesen radio Inggeris tempatan, Hitz FM. Waste No Time 2020 juga telah berjaya mencapai sebanyak 50 ribu kali putaran di Spotify. Namun Amanda yang tidak menggemari untuk digelar sebgai influencer, terus ke hadapan dengan mengambil langkah untuk bekerjasama sekali lagi bersama ENOPE iaitu produser bagi lagu ini. Mereka telahpun menjalankan peraduan remix yang terbuka kepada umum dan tersebar luas ke seantero pelusuk tempatan mahupun antarabangsa.
Walaupun versi asalnya adalah lebih kepada city pop, namun dalam versi yang telah di remix semula ini juga tidak kurang hebantnya. Pada pandangan penulis, apabila mendengarnya pada pertama kali tidaklah terasa janggal kerana rentak nyanyian masih lagi seperti yang asal. Malah, lebih berperisa kerana ditambah dengan efek reverb dan dram yang mengambalikan vibes 80-an.
Lagu ini bakal berada di dalam EP yang bakal diterbitkan nanti yang juga merupakasatu daripada empat lagu yang telah di remix. Walaupun dirakam di rumah, ia tidak menjejaskan kualiti lagu kerana sudah menjadi trend bagi artis di luar sana merakam lagu hanya di rumah. Lebih menarik apabila lagu ini dihasilkan bersama-sama penyanyi utama An Honest Mistake iaitu Darren Teh. Ini merupakan suatu langkah yang proaktif dalam mencapai kepelbagaian lapisan pendengar kerana memilki pengalaman An Honest Mistake Records dalam penglibatan dunia muzik yang baik. Video lirik rasmi jaga bakal diterbitkan tidak lama lagi.
Anda boleh mendengarkan versi asal dengan menekan pautan di bawah:
Ikuti Amanda Love di: