Kenapa Tom Morello (RATM) Suka Main Paras Dada, Tali Gitar Bersepah

oleh Chiv Iscandar
2.3K bacaan

Gitaris Rage Against The Machine (RATM), Tom Morello sering dilihat beraksi dengan gitar sehingga aras dada berbanding gitaris-gitaris lain yang bermain pada posisi lebih rendah seperti kebiasaannya paras pinggang atau lutut (Kurt Cobain).

Dalam temubual dengan Howard Stern, Tom menjelaskan mengapa beliau main posisi gitar pada aras dada dan membiarkan tali gitar bersepah tanpa digunting.

Menurutnya, beliau bermain posisi gitar paras dada kerana itu membolehkan beliau bermain dengan keadaan sama seperti berlatih ketika duduk. Jadi, ia memudahkan beliau memainkan teknik-teknik tertentu agar bunyi yang keluar akan sama ketika beliau bermain secara duduk.

Tentang tali gitar bersepah pula, ia berlaku ketika zaman band pertamanya, Electric Sheep yang turut mengandungi gitaris Tool, Adam Jones. Semasa berlatih, seorang rakannya telah menegur Tom, “Wei… apsal ko suka tak potong tali gitar atas tu? Ko ingat ko band paling jahat kat dunia ker??”

Beberapa tahun kemudian, Rage Against The Machine dengan konsep radikal dan mesej anti-kerajaannya, benar-benar telah menjadi band paling ‘jahat’ dan berbahaya di dunia (most dangerous band in the world) seperti sindiran kawannya itu jadi sehingga kini, Tom membiarkan sahaja tali gitar bersepah-sepah tanpa dicabut.

Tom juga dikatakan pernah menjadi penari bogel sambilan untuk majlis-majlis parti liar sebelum kemunculan bersama RATM menempa beliau sebagai antara gitaris paling ikonik dan terunggul melahirkan sound-sound yang penuh teknikal dan inovatif.

Tom kini berusia 56 tahun dan setelah era kegemilangan RATM, Audioslave dan Prophets of Rage, beliau masih aktif dengan pelbagai band projek seperti The Atlas Underground.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅