Angel Olsen umumkan EP baru

oleh Lim
688 bacaan

Penyanyi indie asal Amerika Syarikat Angel Olsen telah mengumumkan EP baru bertajuk “Aisles” yang akan dilancarkan pada 20 Ogos 2021 melalui label Jagjaguwar.

EP ini mengandungi 5 buah cover dari lagu-lagu 80-an diantaranya ‘Gloria’ (Laura Branigan), ‘Eyes Without A Face’ (Billy Idol), ‘Safety Dance’ (Men Without Hats), ‘If You Leave’ (Orchestral Manoeuvres in the Dark) dan ‘Forever Young’ (Alphaville).

Dirakam pada musim sejuk tahun 2020 di studio Drop of Sun Studios dengan Adam McDaniel, Olsen menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa dengan EP dia “perlu ketawa dan bersenang-senang dan menjadi sedikit kurang serius mengenai proses rakaman”.

#SaturnsPattern

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅