Lorde telah mengumumkan album baru bertajuk ‘Solar Power’ yang akan dilancarkan pada 20 Ogos 2021 melalui label Universal Music.
Setelah berbulan-bulan berkongsi kebocoran mengenai albumnya, penyanyi-penulis lagu asal New Zealand juga turut mengumumkan single barunya ‘Solar Power’ awal bulan ini. Lagu ini adalah bahan baru pertamanya sejak ‘Melodrama’ pada tahun 2017.
Setelah melancarkan lagu tersebut, Lorde memberikan sekilas tentang album ketiganya yang akan datang yang mempunyai nama yang sama dengan single utama melalui video.
Lorde mengatakan album Solar Power dibuat untuk menunjukkan perasaan mendalam berada di luar rumah. Dia mencari jawapan untuk sakit hati, kesedihan, cinta yang mendalam, dan kebingungan melalui interaksinya dengan alam.
Senarai lagu:
1. The Path
2. Solar Power
3. California
4. Stoned in the Nail Salon
5. Fallen Fruit
6. Secrets From a Girl (Who’s Seen It All)
7. The Man with An Axe
8. Dominoes
9. Big Star
10. Leader of a New Regime
11. Mood Ring
12. Oceanic Feeling
#SaturnsPattern