Sehari yang lalu sebuah band dari Melaka, Centuria baru sahaja mengeluarkan single pertama mereka yang bernuansa post-hardcore berjudul Dahlia.
Menurut mereka, lagu ini menceritakan tentang seseorang yang tiada hala tuju dalam kehidupannya dan dia cuba untuk melepaskan dirinya daripada kesesatan hidup dengan mendidik hatinya mempercayai bahawa suatu hari nanti kehidupannya akan menjadi lebih indah seperti bunga Dahlia.
Centuria terdiri daripada lima orang ahli kumpulan yang masih muda dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun. Zil merupakan screamer, Dany sebagai gitaris dan penyanyi, manakala Miyoi sebagai bassist, Zckhray di bahagian gitar utama dan Haris sebagai pemain dram.
Walaupun melabel muzik mereka sebagai post-hardcore, lantunan vokal Zil dan riff gitar dalam lagu ini mengingatkan penulis kepada band-band Swedish Death Metal seperti At the Gates, Soilwork, Dissection dan Dark Tranquility selain band-band moden seperti Lamb of God dan sebagainya. Sound mereka yang mentah dan kasar juga memberi dimensi bahawa unit ini tidak bermain-main dan mampu pergi lebih jauh dengan produksi lebih baik.
Ikuti Centuria di: