Vans Musicians Wanted kini kembali selepas kejayaan edisi pertama tahun lepas yang menerima lebih 22,000 penyertaan dari seluruh dunia. Pertandingan bertaraf antarabangsa ini membuka peluang kepada pemuzik dari pelbagai genre mengembangkan bakat di peringkat yang lebih tinggi.
Dengan konsep meraikan bakat “Off the Wall” ini, ribuan pemuzik dari Amerika – Utara dan Selatan, Eropah dan Asia Pasifik terutamanya, dapat disatukan di bawah satu platform pertandingan muzik. Bagi edisi tahun ini, Vans tidak menetapkan syarat kepada kumpulan nyanyian sahaja, tetapi terbuka kepada semua pemuzik seperti penyanyi rap, pemain drum, flutist atau sesiapa sahaja.
Pemenang ditawarkan peluang untuk berkongsi pentas membuat persembahan bersama-sama dengan penyanyi rock British, Yungblud di satu konsert Januari tahun depan. Selain itu pemenang juga akan membawa pulang hadiah lumayan lain seperti produk barangan Vans, set Kramer gear, barangan premium dari TuneCore, pakej edaran muzik di peringkat antarabangsa, satu set nyanyian Spotify Playlist dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Bagi menentukan pemenang di peringkat akhir, lima finalis akan dipilih untuk berentap di sebuah pentas yang akan diadakan secara maya. Kesemua lima finalis akhir tersebut akan diadili oleh panelis hakim yang rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengetahuan luas tentang muzik antaranya Denzel Curry, bintang pop Julia Michaels, pengasas 88rising Sean Miyashiro dan Yungblud sendiri. Pertandingan akhir tersebut akan diadakan pada September 2021 juga secara maya.
Antara pemenang edisi tahun lepas adalah Joejas dari UK, penyanyi dan penulis lirik Argentina – Lucia Tacchetti dan sebuah kumpulan eksperimental muzik Korea -Numnum.
Sebarang maklumat, terma dan syarat penyertaan mengenai Vans Musicians Wanted 2021 tersebut boleh dilayari di laman sesawang https://www.vans.eu/musicianswanted atau platform media sosial rasmi Vans setiap negara.
Layari Vans Malaysia: