Apa yang Zerophobia Seru?

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.1K bacaan

Mukadimah 2021 telah dimulakan dengan pelancaran single keempat dari Zerophobia iaitu Seru di Youtube pada 31 Januari 2021 yang lalu. Kepada yang tidak tahu, mereka telah melancarkan tiga single sebelum ini iaitu Jahil, Rising dan single terhangat mereka iaitu Dursila menampilkan Leaism yang telah menempah tempat ke separuh akhir Anugerah Lagu Indie 2020.

Menerusi single ini, penulis mendapati band dari Puchong ini semakin matang dalam penulisan mereka bukan sahaja pada riff guitar yang berlemak, solo guitar yang syahdu dan drum yang ketat namun lebih tertumpu kepada lirik mereka yang semakin ke hadapan. Menerusi bait lirik, “Silauan ku mencari/ Hiba mendamba dirimu/ Seru mengharap kau kan kembali/ Berdiri di sini mendampingiku”. Fuhh!!, Sungguh asyik bagaikan menikmati Nasi Lemak Ayam di Kampung Baru.

Zerophobia dari kiri: Faiz, Fadhil, Aswad, Harith, Hayzeeq.

Sejujurnya, penulis amat terpesona akan irama amarah yang disampaikan oleh vokalis mereka, Aswad kerana mengingatkan penulis kepada Saud Ahmed dari The Holy Guile yang scream bersulam rap. Bukan itu sahaja, kehadiran vokal bersih telah memberi impak lenggok Melayu dengan baik. Tidak terhenti di situ, kualiti rakaman mereka juga telah digarap dengan sangat baik oleh saudara Senndart dari MC16 Studio.

Sejujurnya, penulis tertanya-tanya apakah mereka telah berubah arah dari Post Hardcore ke Deathcore? Apakah mereka akan melakukan lebih banyak kejutan? Namun tidak mengapa kerana inilah yang kita ingin lihat iaitu evolusi dan idea segar bagai buah rambutan yang dipetik dari pokoknya.

Tahniah dan syabas buat Zerophobia atas pelancaran single ini. Semoga kalian teruskan perjuangan dan penulis ingin melihat band seperti ini terus berevolusi tak kira genre dan sempadan. Adios!!

Ikuti Zerophobia di:

Facebook

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅