Bloc Party, sebuah band indie rock dari UK lancarkan album pertama mereka, Silent Alarm hari ini pada 2 Februari 2005, 16 tahun lalu. Dirakam di Copenhagen dan London pada pertengahan tahun 2004 bersama produser Paul Epworth, dan diedarkan oleh Wichita Recordings.
Silent Alarm menduduki tangga ketiga dalam carta album di UK, dan ditangga ke-114 dalam carta Billboard 200 di US manakala tangga ke-7 carta Billboard Top Independent Albums. Album ini terjual lebih sejuta salinan seluruh dunia. So Here We Are/Positive Tension, Banquet dan Pioneers menjadi single sempena promosi Silent Alarm.
Bloc Party bercita-cita untuk mencipta album untuk menarik minat pendengar genre yang berbeza-beza. Ketika dalam penciptaan demo pada 2004, Bloc Party sudah pun menggarap dan merakam beberapa live takes. Mereka lebih menumpukan kepada bahagian rhythm, dram dan bass, sementara penulis lirik Kele Okereke pula menulis tentang perasaan dan harapan remaja, termasuk pandangannya tentang politik dunia. Ketika dalam proses siap, Bloc Party menjelajah ke beberapa tempat sebagai promosi Silent Alarm yang bakal keluar.
Silent Alarm menerima pelbagai kritikan selepas pelancarannya, dengan pujian yang lebih mengenengahkan mengenai tempo lagu yang laju dan penyampaian yang bersemangat. Tahun berikutnya, Silent Alarm telah diadun semula (remix) sebagai Silent Alarm Remixed dan dilancarkan dengan trek bonus sempena penjelajahan mereka di serata dunia.
Penulis mula mengenali Bloc Party melalui lagu Banquet, kalian bagaimana?
#AzamGilmour#MusicAddictsMalaysia#MAMY #BlocParty #SilentAlarm #AnniversaryAlbum